PUSINGAN AKHIR YANG MENDEBARKAN DAN DILUAR JANGKAAN

reportfinal

Tamat sudah Malaysia Speed Festival 2016. Pusingan akhir yang menyaksikan penyertaan terbesar dalam sepanjang penganjuran siri perlumbaan ini dimana 149 buah kereta datang berentap dalam pusingan ini. Malah MSF pusingan akhir ini menarik minat pelumba dari Hongkong dan juga dari Singapura. Jutaan terima kasih kepada penaja utama kami Hyrax Oil Sdn Bhd kerana menaja acara ini, tanpa mereka sudah pasti acara ini tidak segemilang ini. Jutaan terima kasih kepada rakan kami F-Tuned Racing Suspension yang turut sama memeriahkan lagi acara ini dengan sokongan mereka kepada para pelumba kami.

Special Kei

adilfinalDengan memindahkan mereka berentap bersama-sama jentera lain dalam kategori RaceCars telah membuka satu ruang dimensi baru buat mereka. Siapa sangka jika selama ini mereka hanya berkisarkan dengan catatan masa 2m50s secara purata kali ini catatan masa mereka diluar jangkaan apabila berjaya mencatatkan masa 2m42s. Mohamed Hafez #216 dari Guns Ftuned Racing Team walaupun sekadar menduduki tempat ketiga namun kejuaraan sudah menjadi miliknya. Namun pusingan akhir ini kita menyaksikan kebangkitan wajah-wajah yang lama menyepi dan ini memberikan satu isyarat jelas tahun 2017 Special Kei bakal menjadi satu kategori yang wajib disaksikan. Kamal Shukri/Zahid Latif dari Kie Garage telah menduduki tempat pertama pada pusingan akhir ini. Walaupun kedudukan ini cuba diganggu-gugat dengan bekas juara Special Kei 2015 namun dengan tenang gandingan ini berjaya mempertahankan tempat pertama. Tempat kedua dimenangi Abdullah Adil/Iskandar Fithri dari DT-Tuner AKE Racing dan mereka juga telah memberikan isyarat jelas kepada pesaing-pesaing mereka apabila mencatatkan masa terpantas dalam sejarah MSF iaitu 2m42.928 dan 2017 buat penyandang kejuaraan misi anda untuk mempertahankan kejuaraan bakal menjadi sangat sukar.

Super 1500 NA

keufinal
Juara Baru Super 1500 NA!

Sudah kami katakan, jika gagal menamatkan perlumbaan pada pusingan akhir ini maka kejuaraan dengan kejam beralih tangan. Keu Shian Shi dari Momentum Auto Garage telah menjadi juara baru Super 1500 NA. Walaupun ada mengatakan kemenangan ini mudah kerana saingan utamanya tidak menamatkan perlumbaan, namun inilah perlumbaan selagi mana belum nampak garisan penamat segala-galanya boleh terjadi. Keu Shian Shi yang sememangnya sangat bernafsu untuk mencuba nasib menjadi juara telah mencatatkan masa 2m50.360 dan cubaan ini berjaya apabila terus menduduki tempat pertama dan muncul juara 2016. Shafiq Shamsudin/Roni Risman dari Piston Project menduduki tempat kedua dan juga telah memperbaiki catatan masa mereka dengan cemerlang sekali. Jika selamat ini hanya berkisarkan 2m55s kali ini mereka bangkit 2m52s. Agak mengejutkan apabila sebuah Daihatsu Gino yang jika dilihat dari luarannya tidaklah pantas namun gandingan Shamir Aizan/Shahril Noorafudin dari R.A.B Prodrag Team telah mengejutkan ramai pihak. Mereka yang bermula agak perlahan apabila terpaksa dua kali bermula dari petak belakang bangkit bagaikan harimau lapar dan terus menduduki tempat ketiga. Percaya atau tidak mereka telah mencatakan masa terpantas untuk kategori ini apabila berjaya mencatatkan masa 2m50.040saat dan ini isyarat jelas untuk tahun 2017, pertempuran yang sangat hebat bakal terjadi.

Proton 1800 NA

Nicholas Aw menepati ramalan akhirnya berjaya menjadi juara baru untuk kategori Proton 1800 NA. Walaupun sekadar menduduki tempat keempat ini sudah cukup baginya. Lau Seng Kiat dari Ngah Motorsports yang tahu hanya berjaya menduduki tempat kedua kejuaraan juga tidak mahu menutup musim 2016 dengan sia-sia sahaja. Beliau berjaya menduduki tempat pertama dan seolah-olah memberi amaran buat para peserta dalam kategori Proton 1800 NA, 2017 bakal menjadi siri perlumbaan yang sangat sukar untuk anda mendapatkan kemenangan secara konsisten. Kemunculan semula K.Perajun amat dinantikan. Beliau berjaya menduduki tempat kedua meskipun cuba memintas Lau Seng Kiat. Percaya atau tidak jarak antara mereka hanya 0.657 saat. Dari saat isyarat perlepasan diberikan hinggalah garisan penamat aksi mereka berdua sangat tegang dan sengit. Namun Lau Seng Kiat berjaya menahan asakan dari K.Perajun dan ini memaksa K.Perajunn berpuas hati ditempat kedua. Mohd Idzuan dari Infinity Speedworks berjaya menduduki tempat ketiga dalam pusingan akhir dan berjaya menduduki tempat ketiga kejuaraan bagi musim 2016.

SuperStreet

Nishiram Singh dari Millenium Motorsports akhirnya menjadi juara keseluruhan. Meskipun sekadar menduduki tempat ketiga tapi sudah cukup untuk mendakap kemas kejuaraan ini. Johanz Jassa/Jaza dari JJ Racing Team yang tahu mereka yang berjaya menduduki tempat kedua dalam kejuaraan juga mahu menutup pusingan akhir ini sebaiknya. Mereka berjaya menduduki tempat pertama tanpa sebarang ancaman dari para peserta lain. Dengan jarak 12 saat meninggalkan peserta lain membuktikan kenapa mereka ini salah seorang peserta yang wajar digeruni. Raja Imran dari RIS Proworks Ftuned yang cuba mengekori gandingan JJ Racing Team ini berpuas hati ditempat kedua dan sekaligus menduduki tempat ketiga dalam kejuaraan ini satu pencapaian yang menarik bagi beliau yang pertama kali menyertai siri perlumbaan yang dianjurkan Ignition.my.

Street 1600 Ltd

polifinalKategori ini sememangnya sangat mendebarkan. Pusingan akhir yang dikatakan menjadi penentuan kejuaraan sememangnya benar. Dari atas kertas kelebihan bagi penyandang juara, tapi perlumbaan adalah satu sukan yang sangat kejam di dunia ini. Hazlami/Muslim yang menjadi calon juara kegemaran akhirnya tumpas apabila gagal sama sekali menamatkan perlumbaan dan paling menyedihkan apabila mereka terpaksa berhentikan jentera mereka di lap ke-4. Peluang terbuka ini dirampas oleh Mohd Fazli/Nazreen dari NH Auto Services untuk menduduki tempat pertama dan sekaligus menjadi juara keseluruhan bagi musim 2016. Kemenangan yang tidak disangka ini sudah pasti akan dikenang bila-bila. Afiq/Afandi Johan dari Waksam Garage yang juga mengintai kejuaraan akur dengan kepantasan jentera 786 itu. Mereka terpaksa berpuas hati ditempat kedua dan mereka juga mencipta sejarah apabila berjaya menduduki tempat kedua kejuaraan buat pertama kalinya. Gandingan pantai timur Fadhlan/Faiz Sulaiman dari Motor Addict Racing Team yang juga calon kegemaran kejuaraan terpaksa berpuas hati ditempat ketiga dan juga tempat ketiga kejuaraa. Mereka yang mengalami masalah mekanikal berhempas-pulas menamatkan perlumbaan.

Street Tuned Ltd

Jika MotoGp ada Giacomo Agostini yang menjadi juara dunia sebanyak 15 kali, Valentino Rossi sebanyak 9 kali, MSF Racing juga ada juara 4 tahun berturut-turut. Gandingan mantap Gan Kim Koa/Philip Tang dari JDM Racing suka atau tidak telah menjadi lagenda MSF Racing. Mohd Shalifuzam/Azref dari DRT/AAR Autohauz yang mengintai kejuaraan ini walaupun ditempat kedua akhirnya berjaya menamatkan MSF musim 2016 dengan gemilang apabila menduduki tempat kedua pada pusingan akhir dan menduduki tempat kedua dalam kejuaraan. Gandingan ini menunjukkan prestasi yang meningkat-naik apabila catatan masa mereka semakin pantas. Hapizu/Roakhir dari Infinity Speedworks meskipun cuba mengasak gandingan Charade ini, terpaksa berpuas hati ditempat ketiga sekaligus menduduki tempat keempat dalam kejuaraan. Mereka juga dilihat semakin pantas dan tidak mustahil akan menyerlah pada musim hadapan.

Saga Cup

King Saga Cup
King Saga Cup

Sekalung tahniah buat Alif Hamdan yang telah berjaya menjadi juara keseluruhan dalam kejohanan ini. Meskipun berkongsi sama mata dengan Boy Wong namun kerana beliau berjaya terlebih dahulu mencatatkan kemenangan pada pusingan pertama maka kejuaraan dalam kategori panas menjadi miliknya walaupun pada pusingan akhir ini beliau hanya berjaya menamatkan di tempat ketiga. Tengku Djan yang pada pusingan enduro kecundang bangkit dengan garang apabila berjaya menduduki tempat pertama walaupun diasak dengan begitu hebat oleh Boy Wong yang dalam misi memburu kejuaraan. Walaupun diasak bertubi-tubi namun beliau berjaya mengekang kemaraan Boy Wong dengan tenang dan berjaya menjarakkan diri sebanyak 3 saat. Saingan sengit mereka dapat dilihat apabila kedua-duanya berjaya mencatatkan masa 2m51s. Sayang buat Fariqe Hairuman yang berada dilaluan tepat untuk menjadi juara keseluruhan terpaksa akur dengan kegagalan jentera perangnya dan dalam kejuaraan ini beliau berada ditempat ketiga secara keseluruhan.

RaceCars 1600

Gandingan hebat Chan Beng Leong/Chang Hai Kiat dari BMS Racing Lab muncul juara keseluruhan meskipun menduduki tempat kedua dan ini sudah cukup memastikan kejuaraan ini berada didalam dakapan mereka. Sejarah tercipta apabila tempat kedua menjadi milik Geraldine Read pelumba wanita yang dibantu oleh Cy Ong dari Dream Chaser. Mereka menjadi juara pada pusingan akhir dengan begitu bergaya dan sekaligus mengutip seberapa banyak mata dan akhirnya tempat kedua menjadi milik mereka. Zaidi Baharin/Hellmee Jaafar dari DNT Bears menduduki tempat ketiga pada pusingan akhir ini.

RaceCars 1800

Muhammad Azlan Malik dari Wenso Racing dengan gemilangnya berjaya menamatkan musim 2016 dengan jayanya. Pusingan akhir tempat pertama dan menjadi juara keseluruhan musim  2016. Kemenangan ini sangat bermakna apabila pada permulaanya jenteranya dilihat bermasalah, bangkit semula dan diasak dengan begitu hebat gandingan Heah Choong Horn/Tan Say Hin dari Summer Motorsports akhirnya kemenangan berpihak pada beliau. Dengan jarak 1 saat cukup mengambarkan betapa sengitnya pusingan akhir baru-baru ini. Winston Tan dari JDM Racing yang sepatutnya memberikan saingan sengit akur dengan kepantasan Wenso dan Summer Motorsports. Tapi ini sudah cukup untuk beliau menduduki tempat kedua kejuaraan.

RaceCars Open

Champione of Race Cars Open!
Champione of Race Cars Open!

Piala yang menjadi rebutan. Pertama kali dipertandingkan akhirnya menjadi milik Pee Sau Peng/Pee Sau Fan dari Fast Autoworks. Mereka sangat konsisten, pusingan enduro menjadi titik permulaan bahawa kejuaraan bakal menjadi milik mereka. Cukup sekadar menduduki tempat kedua untuk muncul juara bagi kategori hebat ini. Mereka yang menunjukkan peningkatan ketara dari catatan masa dalam lingkungan 2m27s kali ini pada pusingan akhir terus ke 2m25s. Faidzil Alang yang bergandingan Muhd Hisyamuddin dari Fast Lap Autoworks muncul pemenang untuk pusingan akhir dengan bergaya. Sebaik sahaja isyarat perlepasan diberikan jentera #444 meluru pantas untuk memastikan kekecewaan pada pusingan enduro terbalas dan hasilnya menduduki tempat pertama dengan jarak yang sangat selesa iaitu 6 saat. Ifwat Razak dari DNT setelah berehat agak lama muncul menduduki tempat ketiga. Beliau berhempas-pulas berentap hebat dengan juara 2016 #56 namun terpaksa akur dengan keputusan ini dan jarak mereka berdua hanyalah 0.001saat. Pertempuran yang sangat hebat.

Tamat sudah Malaysia Speed Festival musim 2016. Satu musim yang sangat hebat dan banyak dramanya. Apakah tahun 2017 akan kembali menyengat dan lebih hebat. Sama – sama kita nantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *