F-Tuned Racing Suspension…2017 Masih Bersama!

ftunedmsf

Kejayaan MSF Racing Series 2016 ada hubung-kaitnya dengan kehadiran sistem suspensi terkemuka Malaysia sekarang ini iaitu F-Tuned Racing Suspension. Mereka yang menjadi rakan teknikal MSF Racing banyak membantu para pelumba lain dalam merealisasikan impian mereka untuk sama-sama berentap dalam perlumbaan Malaysian Speed Festival 2016. Dengan kejayaan ini pada tahun 2017 lagi sekali usahasama ini dimeterai untuk meneruskan kegemilangan MSF dan Ftuned dalam arena sukan permotoran tanahair Malaysia.

Encik Wan Ahmad Farouk : “Kita amat berbesar hati untuk terlibat sama  dalam memeriahkan arena sukan permotoran Malaysia dan MSF telah menyediakan satu platform untuk para pelumba baru untuk mengasah bakat mereka. Bagi Ftuned kami juga dapat menambah-baik produk kami. Jika tahun 2016 kami menyediakan satu setup yang sesuai dengan tayar T1R maka kali ini dengan penggunaan tayar Hankook V12 yang dengar khabar lebih mantap sudah pasti memerlukan satu setup yang dapat menjamin kemenangan dan Ftuned bersedia untuk itu.”

Terima kasih F-Tuned Racing Suspension dalam memeriahkan MSF Racing Series 2017. Rock and Roll!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *