Tidak pernah – tidak pernah dalam sejarah dari SNF hingga ke MSF kita mendapat berlainan pemenang bagi setiap pusingan. 2016 sebenarnya ada sejarah tersendiri. Percaya atau tidak 2016 dengan 4 pusingan bagi kategori RaceCars Open juga bagi setiap pusingan ini juga berlainan jentera dan pelumba.
Pusingan 1
Shazull Hisham dari LMC Engineering telah menduduki tempat pertama dengan gayanya. Meninggalkan pihak musuh dengan agak jauh. Mengunakan Honda Integra DC2 bernadikan K24 kemenangan yang dikecapi sangat hebat. Dengan jarak itu sudah ramai menjangkakan corak pertempuran pada pusingan akan datang namun apabila..
Pusingan 2
..kemunculan semula Keifli Othman aka Darth Vader untuk merampas tempat pertama telah mengubah sedikit sebanyak corak “permainan” pada pusingan kedua. Pusingan kedua kita dapat menyaksikan top 3 telah mencatatkan masa dalam lingkungan 2m25s. Keifli Othman #45 dari Fast Autoworks menjadi pemenang tempat pertama yang kedua.
Pusingan 3
Pusingan enduro kejutan terus diberikan. Walaupun pada sesi kelayakan dilihat Keifli Othman mendominasi dan ketika awal perlumbaan berada hebat di hadapan namun beliau terpaksa menamatkan saingan dengan lebih awal kerana jenteranya mengalami masalah mekanikal. Kedudukan seterusnya dipegang seketika Mark Darwin/Akid dari Sitty Racing Team juga gagal menamatkan perlumbaan. Kedudukan tempat pertama dipegang seketika oleh Faidzil Alang/Hisyamuddin dari Fast Lap Autoworks namun lebih dramatik gagal menamatkan perlumbaan di lap terakhir dan selekoh terakhir. Maka dengan tenangnya dan hebatnya Pee Sau Peng/Pee Sau Fan dari Fast Autoworks menduduki tempat pertama. Sekaligus menjadi orang ketiga memenangi tempat pertama bagi pusingan ketiga.
Pusingan 4 Finale
Pusingan ke-4 menyaksikan gandingan Faidzil Alang/Hisyamuddin telah menduduki tempat pertama dengan jayanya apabila jentera #444 mendapat nadi baru k24. Kemenangan ini telah melengkapkan 4 pemenang bagi setiap 4 pusingan yang dipertandingkan dan gandingan ini menjadi orang ke-4 yang memenangi pusingan ke-4 ini. Dari pusingan pertama hingga akhir kita telah mendapat pemenang dari lain pelumba. FANTASTIC 4!
Apakah 2017 kita akan menyaksikan kejadian ajaib ini lagi? 6 pusingan dengan berlainan pemenang? Dengan penggunaan tayar Hankook Z221 mungkin kita dapat menyaksikan lagi kejadian ajaib ini atau mungkin 10 tahun lagi kita dapat saksikan kejadian ajaib ini?
Simpan tarikh ini 26.2.2017 di Litar Antarabangsa Sepang.