SuperStreet boleh dikatakan kategori yang semakin lama semakin hebat saingannya. Perubahan paling ketara paling banyak selain dari Saga Cup adalah kategori SuperStreet. Ianya untuk memastikan saingan yang lebih adil dan sehampir mungkin kesama-rataannya.
4G63T pada tahun ini dijangka akan terus-menerus mendominasi kategori ini jika tiada saingan yang lebih sengit datang. Namun itu jangkaan, jangan sekali kita lupa bahawa sudah ada perubahan besar dalam kategori ini. Paling ketara apabila kita membenarkan enjin Honda dinaikkan kapasiti enjin. B-Series, K-Series dan F-Series dibenarkan menaikkan kapasiti enjin mereka kepada 2200cc bagi yang masih mengekalkan Naturally Aspirated. Bagi yang ingin menggunakan enjin turbo maksimum adalah 1800cc sahaja. Maka ini membolehkan B18 menggunakan turbo.
Mungkin ini akan membuatkan saingan lebih sengit. NA pada tahun 2016 dengan kekuatan maksimum 2000cc catatan masa secara purata 2m42s, dengan menaikkan kapasiti enjin 200cc tambahan tidak mustahil mereka mampu mencatatkan masa 2m3*s dan dari bacaan kasar tidak mustahil mampu menggugat penguasaan 4G63t. Tapi ancaman sebenarnya jika dilihat adalah penggunaan turbo pada Honda maksimum 1800cc. Dengan kekuatan gear ratio yang banyak dipasaran sudah pasti akan menjadi ancaman besar kepada jentera-jentara lain tetapi dengan syarat mampu menamatkan perlumbaan. 2017 dijangka akan lebih panas. Antara berita panas yang kami terima ada sebuah Honda Civic EK9 telah bersiap-sedia dengan jentera BSeries 2000cc. Walaupun ada ura-ura mengatakan mereka juga pada bila-bila masa sahaja akan menaikkan kapasiti enjin kepada 2200cc.
Banyak benda menarik dalam kategori ini akan berlaku. Ada yang menukar kereta untuk memastikan saingan lebih hebat. Dari 2++whp kepada 4++whp! Menarik bukan. Pastikan anda mengosongkan tarikh pusingan pertama untuk menyaksikan apa yang bakal terjadi nanti.
Simpan tarikh ini, 26-2-2017 di Litar Antarabangsa Sepang.