Kategori ini semakin lama semakin kuat momentumnya. Jika dahulu penyertaan hanya berkisarkan dalam 8 ke 10 buah kereta sahaja. Namun pada tahun 2016 menyaksikan peningkatan secara mendadak. Pusingan akhir telah mencecah 16 buah kereta dan telah memberikan satu persembahan yang sangat menarik.
Panas kerana jika diteliti catatan masa dan keputusan kami jangkakan 2017 bukanlah satu musim yang mudah. Mungkin dari jangkaan kami akan berlaku satu pertempuran yang menyaksikan kedudukan top 3 mahupun top 5 akan berubah bagi setiap pusingan. 2016 juga menyaksikan peningkatan prestasi bagi wajah-wajah baru dalam siri-siri perlumbaan SNF dan MSF. Ada yang menukar model kereta dari Mazda ke Honda Jazz. Kebangkitan 4G91 yang sangat hebat, D15 yang pada mulanya garang namun kecundang pada saat akhir, Daihatsu Gino, dan banyak lagi.
Berbicara berkenaan Honda Jazz, peningkatan mendadak penyertaan model ini juga turut merancakkan dan menambah warna-warni MSF musim 2016. Maka dengan peningkatan dan permintaan sebahagian daripada para peserta yang menggunakan Honda Jazz maka kami mewujudkan satu sub-kategori Super 1500 yang dinamakan sebagai Jazz Super Cup. Tiada mata kejohanan buat sementara, mereka akan mendapat trofi sendiri namun pungutan mata akan berada dibawah Super 1500, maka tetap bersaing dengan pahlawan-pahlawan lain dalam kategori tersebut. Soalnya siapa yang bakal menjadi “King” dalam sub-kategori ini? Walaupun tiada pungutan mata namun kita percaya persaingan sesama mereka akan meningkat.
Super 1500 juga kita menjangkakan persaingan berapi akan tercetus. Suara-suara yang mula risau dengan kebangkitan wajah-wajah baru yang selama ini tidak pernah diketahui mula kedengaran. Seperti biasa gosip panas mula bertebaran di Sunway hinggalah ke Johor Bahru. Dengan gosip panas ini menambahkan lagi keseronokan menunggu tarikh 26-2-2017 di Litar Sepang nanti. Kita akan bicara dengan lebih terperinci kategori ini dari masa ke masa. Tapi percayalah kategori ini dijangkakan akan panas dan hebat.
Simpan tarikh ini 26-2-2017 di Litar Antarabangsa Sepang.