Yang Dijangka Jadi Kenyataan, Apa Seterusnya?

super1500

Pertembungan mereka sememangnya telah kami jangkakan pasti akan berlaku ketika berlangsungnya pusingan akhir 2016. Ketika kami meramalkan ramai yang sangsi kerana #122 berada jauh dihadapan sedangkan #378 berada ditempat ketiga. Tapi apabila melihat kedua-duanya mencatatkan masa terpantas 2m50s dan konsisten di setiap lap, 2017 pasti akan meletup.

Door fight till the end!
Dog fight till the end!

Pusingan pertama 2017 ramalan menjadi kenyataan. Pertempuran paling sengit selepas Race Cars Open. Dari lampu hijau dinyalakan hinggalah lap terakhir. Perbezaan 0.272 saat sahaja sudah cukup membuktikan betapa sengitnya pertempuran mereka berdua untuk merebut tempat pertama. Aksi mereka ini mengundang sorakan di bumbung North Paddock dan South Paddock. What a good race!

Pusingan pertama berjaya dimenangi oleh #378 Shahril Noorafudin/Shamir Aizan dari Team RAB Prodrag Team dengan sangat dramatik. Soalnya apakah mampu mereka mempertahankan tempat pertama untuk pusingan kedua. #122 Keu Sian Shi dari Momemtum Auto Garage sudah pasti mahu menebus kembali kekecewaan 0.272 saat ini. Dari mata kasar kita boleh melihat Proton Satria kendaliannya lebih berkuasa dari Daihatsu Gino ini. Pada laluan lurus menjelang zon brek 150 meter kita boleh melihat #122 sudah berada dihadapan sedikit. Kekuatan Gino #378 ini adalah ringan dan ini sangat memberi kelebihan untuk terus-menerus di hadapan.

Pusingan kedua jika #122 memperbaiki satu-dua bahagian tidak mustahil, kami ulangi tidak mustahil tempat pertama boleh berubah kedudukan. Melihat akan kekuatan jenteranya, #378 berada dalam bahaya. Tapi dari sumber yang kami perolehi dengan mempertaruhkan enjin 3sze dan hanya menggunakan standalone ECU mereka masih lagi tidak membuat sebarang modifikasi secara hardcore keatas enjin mereka.  Ini bermakna ruang untuk menambah-baik jentera mereka masih lagi terbuka luas. Apakah mereka yang menyedari ancaman kuat #122 ini akan duduk diam atau mahu melihat dahulu?

Tapi awas, dari sumber kami perolehi akan wujud ancaman baru. Ancaman dari selatan, juara 4 tahun berturut-turut Street Tuned akan turut serta menyertai kegilaan ini. Siapa?

Super 1500 NA semakin berapi dan merupakan salah satu kategori yang wajib sekarang ini disaksikan. Save the date 16-4-2017 di Litar Antarabangsa Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *