Jazz Cup merupakan sub-kategori bagi kategori Super 1500 NA. Ini bermakna mereka dapat trofi tetapi mata championship dikira sebagai Super 1500 NA. Menanti waktu bilakah waktu sesuai untuk menjadi kategori yang sendiri. Walaupun baru tetapi mereka sudah menunjukkan komitmen yang tinggi, pusingan pertama sudah ada 6 buah jentera Honda Jazz L15A dan dijangkakan akan meningkat 10 buah H0nda Jazz.
Pusingan pertama ramai yang menjangkakan peserta-peserta yang sudah menyertai SNF dan MSF 2016 akan menyerlah namun sangkaan itu meleset. Hendra Eryawan/Mohd Noorhafizi #343 Speedjump Racing telah memenangi tempat pertama buat julung kalinya penyertaannya dan juga dalam sub kategori ini. Kemenangan ini sangat mengejutkan dan tidak ramai menjangkakan kemenangan mereka kerana apabila melihat sesi latihan dan kelayakan mereka dilihat mungkin tidak menyengat.
Namun segalanya berubah apabila Race 1 dan Race 2. Mereka mengukuhkan cengkaman di tempat pertama dengan baik. Tanpa diganggu-gugat oleh lain-lain peserta dan secara konsisten meninggalkan mereka dengan jarak 2saat bagi kedua-dua saringan. Ini merupakan satu amaran jelas kepada yang sudah lama dalam siri SNF dulu dan juga MSF, bahawa pencabar baru ini sudah pasti akan meningkatkan prestasi setelah melihat betapa mudahnya untuk berada di tempat pertama.
Tapi dari sumber kami perolehi ramai yang sudah bagaikan tersentak dari lena, jangkaan kami mungkin kita dapat menyaksikan kebangkitan semula #86 Nazrul Hakim/Mahyudin dari Prodrag Motorsports, Roni Misman #138 dari Piston Project, #55 Faizal Osman, #170 Mohd Fazri Amir/Shazli dari Speedking Penrite. Ada yang sudah memperbaiki masalah-masalah kecil, ada yang sudah mula serius mempersiapkan jenteranya untuk memastikan berada di tahap sebenar dan ada yang mula menajamkan skil pemanduan.
Mungkin selepas ini takhta berubah?Hanya menunggu detik itu tiba tapi jika tengok pada keadaan sekarang mungkin tidak tapi apabila melihat keputusan tahun lepas ada diantara mereka pernah mencatatkan masa 2m52s. Lebih pantas daripada sekarang. Save the date 16-4-2017 jika mahu melihat apakah yang baru kekal atau kebangkitan yang lama.