Pantas, berseorangan dihadapan, pandang kiri-kanan, laluan lurus sempat membetulkan tali pinggang, namun masih tiada siapa yang mampu mencabar #21 dari ST Wangan. Cukup pantas buat masa sekarang dan jika tiada siapa mahu mencabar maka kejuaraan bagi Saga Cup Ron Jeremy (Expert) akan beralih tangan.
Boy Wong ketika MSF musim 2016 telah memberikan satu isyarat yang sangat jelas. Ketika bersaing dengan begitu hebat bersama Tengku Djan, beliau telah berjaya mampu menyamai kepantasan Tengku Djan pada permulaan perlumbaan. Catatan masa 2m51s sudah cukup membuktikannya. Menjelang 2017 dengan persiapan rapi, beliau yang sememangnya mahu mencabar siapa yang terhebat di dalam kategori ini. Dengan ketiadaan Tengku Djan dan Fariqe Hairuman penguasaan Boy Wong bagaikan tidak boleh dihalang.
Jadi sandaran untuk menghalang penguasaan mutlak Boy Wong terletak di bahu juara 2016, Alif Hamdan #72 dari JNA Racing Team. Ya tidak dinafikan pada pusingan pertama lalu Alif dilihat tidak mampu menyamai kepantasan Boy Wong. Tapi masih ada 5 lagi pusingan, macam-macam boleh terjadi dan Alif terkenal sebagai pelumba yang akan senantiasa memperbaiki diri. Apakah mampu Alif menghalang kemaraan Boy Wong? Atau akan ada pencabar baru? Atau Boy Wong akan berseorangan lagi pada pusingan kedua?
Mampukah Boy Wong dihalang? Mampukah peserta lain mencabar kemaraan Boy Wong?
Save the date 16-4-2017 di Litar Antarabangsa Sepang!