Saga Cup Rocco (Novice) diperkenalkan ketika pertengahan MSF Racing musim 2016. Namun kejuaraan tidak dipertandingkan. 2017 kategori ini kita pertandingkan sebagai kejuaraan. Ternyata ianya telah menarik perhatian ramai dan telah mendapat penyertaan tertinggi sebanyak 30 buah kereta Proton Saga.
#113 gandingan anak gadis dari Johor Boey Chai bersama Choo Yoon Chong dari Ngah Motorsports telah mengorak langkah dengan begitu baik. Siapa sangka gadis yang datang dari Johor boleh sahaja menduduki podium di tempat pertama? Berentap dalam kategori dimana semuanya mempunyai kekuatan lebih kurang sama, namun berjaya memenangi tempat pertama. Jarak yang mereka tinggal peserta lain sebanyak 12 saat! Kekuatan utama mereka adalah konsisten di setiap lap. Para pesaing mereka jika kita perhatikan dari sudutan catatan masa terpantas adalah lebih kurang sama, namun konsisten itulah kunci utama gandingan ini.
Tapi ini tidak bererti mereka akan selamat. Jika dilihatkan dari sudut catatan masa jika kesemua pesaing mereka memperbaiki satu-dua masalah dan konsisten tidak mustahil kita dapat menyaksikan tempat pertama berubah tempat. Keputusan pada pusingan pertama menyaksikan ramai para peserta berjaya duduk dalam lingkungan catatan masa 2m57s secara purata. Ya 1 saat dibelakang gandingan mantap Ngah Motorsports ini, tapi pusingan kedua sudah pasti, sudah pasti mereka akan cuba memperbaiki apa yang kurang.
Soalnya #113 MSF Racing musim 2016 telah menunjukkan prestasi sebenar, apakah pesaing lain mampu menyaingi kepantasan #113? Save the date 16-4-2017 di Litar Antarabangsa Sepang.