MSF Superturismo : SuperProduction, Semakin Pantas

Kategori ini ada limitnya tapi dengan skil pemandu yang hebat, proses R&D yang bagus dari bengkel terutamanya (sudah menjadi garis MSF, bengkel bagus + pemandu bagus = boom!), hasil yang kita dapati semakin lama semakin mengujakan. Malah berlaku peningkatan mendadak dari jentera lain dimana selalunya kategori ini di dominasi oleh Honda Jazz. Masa yang terpantas, 2m44s!

#146 yang dipandu oleh Chong Tun Lung-Fish Lai Chee Kwin dari Flex Racing berjaya memenangi pusingan kedua dengan jarak yang selesa apabila meninggalkan tempat kedua #355 sebanyak 4 saat. Strategi tepat membuahkan hasil. Manakala tempat ketiga diduduki #343 yang pada mulanya dilihat garang tapi dikenakan penalti 25 saat akibat dari tempoh masa berhenti di pit yang tidak mencukupi.

Apakah jangkaannya? Jika #343 dari Fizzi Motorsports yang menggunakan Honda Jazz tidak sama sekali mengulangi kesilapan ketika berada di dalam pit, dan jika dilihat dari sudut kepantasan, catatan masa terpantas buat masa sekarang 2m44s dan konsistensi yang mereka ada di setiap lap, tidak mustahil luka pusingan kedua baru-baru ini dapat  ditebus. Tapi apakah ianya menjadi begitu mudah? Dari atas kertas mungkin ya, tapi perhatikan juga #146 dan terutamanya #335 satu-satunya Perodua Myvi dari TCM Motorsport. Kenapa kami memberikan perhatian kepada #335, dari sudut kepantasan bukan dari kalangan terbaik tapi konsistensi pada setiap lap, mereka harus dipuji dan wajar diberikan pemerhatian serius. Mereka  dikatakan masih lagi mencari rentak terutama untuk “exit corner” dimana Jazz ternyatalah lebih dominan. Andai kata masalah ini dapat diatasi ya, Honda Jazz harus bersiap-sedia dominasi anda yang selama ini aman tenteram ada cabarannya.

Jujurnya, bagi kategori ini agak sukar ingin menentukan siapa muncul pemenang tempat pertama. Atas kertas ya mudah, tapi ketika berada pada hari perlumbaan segalanya mungkin akan berubah. Apakah pusingan kali ini Toyota Vios akan garang? Apakah juara 2018 #411 akan kembali memberikan amaran keras? Tunggu pada 7-Julai-2019 di Litar Sepang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *