MSFR PROFIL : BLACKJACK 21 – STREET TUNED

DSC07352

Kategori Street Tuned telah dirombak sedikit peraturannya untuk memastikan ianya lebih menarik dan memberikan saingan yang sangat – sangat sengit. Antaranya Honda B-Series telah dilimitkan kepada 1700cc sahaja untuk memastikan jentera perlumbaan yang lain dapat bersaing dengan lebih sengit. Namun walaupun dihadkan kepada 1700cc ternyata tidak menghalang kepantasan mereka malah catatan masa yang diberi sangat menakjubkan. Ladies and gentlemen..jom review salah satu jentera Honda yang pantas..BLACKJACK 21 milik KKSOH!!

DSC07318
Kemas dan rapi!! Percayakah anda, Honda Civic EK9 ini mampu mencatatkan masa 1m16s dengan hanya menggunakan 1700cc sahaja dan sudah pastinya VTEC!! Untuk memastikan enjin ini berkuasa 200whp, piston bersaizkan 83mm dari keluaran Supertech digunakan. Racing camshaft juga digunakan dari keluaran Skunk2 Pro 2 untuk memerah lagi kuasa yang tersembunyi.

DSC07322
Honda kalau tak pakai barangan Honda bukan Honda namanya haha, Mugen Power Airbox digunapakai untuk memastikan aliran udara bergerak lancar.

DSC07327
Hell Yeah!! Intake manifold Edelbrock Performer X untuk melahirkan lagi kuasa yang tinggi dari enjin 1700cc ini!

DSC07323
Antara barang luaran yang menarik selain daripada intake adalah custom made Oil Catch Tank terletak rapi disudut kiri enjin ini. Kemas!!

DSC07332
Memastikan gas-gas dari hasil pembakaran yang agresif, extractor keluaran Skunk2 Megaphone diguna-pakai dengan sistem 4-2-2-1.

DSC07331
Pelik bukan? EK9 bukan patutnya B16B? Sabar, ini enjin ikut kata Ah Siong sementara saja. Enjin baru on the way tapi masih ikut peraturan 1700cc.

DSC07325
Tahu servo brake pump? tak tahu takpe cikgu google ada hehe. Untuk memberikan feel atau brake input yang lebih atau memastikan kereta perlahan mengikut kata pelumba maka Servo Brake Pump dicabut. Jangan anda semua teringin nak jadi macam KKSoh terus request nak cabut servo pump. BlackJack telah menggantikan OEM Servo Pump dengan master silinder non-servo pump yang bersesuaian dengan brek AP Racing. Malah, tujuan menggantikan servo pump performance agar nisbah brek yang digunakan dapat memberikan hasil maksimum apabila pelumba menyerang selekoh dengan menggunakan teknik late-braking!!

DSC07295
Dapat dilihat betapa seksinya extractor Skunk2 Megaphone..fuh!! Oil Pan keluaran Moroso yang menjamin tidak akan berlaku oil starving atau kekurangan bekalan minyak enjin ketika “menyerang” dengan laju selekoh-selekoh di Litar Sepang. Saiz ekzos berukuran 3 inci menjadi taruhan untuk memastikan aliran gas bergerak dengan lebih lancar.

DSC07300
Untuk memastikan sound of VTEC menjadi muzik yang sedap didengar, muffler dari keluaran Js Racing dipasang.

DSC07317
Bagi memastikan kawalan tahap tertinggi Honda Civic EK9 ini, suspension TEIN Super Racing Spec dipasang untuk memastikan Honda BlackJack 21 ini pantas di selekoh!! Ini barang rare!

DSC07308
Ini perlumbaan trek, sistem brek yang efisyen menjadi salah satu senjata penting untuk memintas pihak lawan di selekoh – selekoh. AP RACING 4 POT IN DA HOUSE!!

DSC07338
Office for the racer. Kemas, tidak berserabut. Panel – panel dipasang rapi, pemotongan sebahagian panel – panel yang menganggu kedudukan RollCage dilakukan sangat kemas dan cantik. Oh ya, Roll Cage ini di tempah-khas agar mengikuti spesifikasi khas KKSoh dan SNF.

DSC07340
Lengkap, cantik, kemas dan rapi. Kereta ini selepas habis race boleh terus bawa ke pejabat untuk urusan harian. PURELY STREET TUNED!!! Anda nilailah sendiri, inilah kereta yang benar-benar tidak menggadaikan prinsip Street Car.

DSC07328
No lighten parts, purely OEM! Contoh, perhatikan bonet hadapan. BlackJack 21 ini tidak menggunakan carbon fibre bonnet dan sewaktu kami mengambil gambar keseluruhan kereta ini tidak satu pun barangan yang diringankan. Massive respect!! INI BARU BETUL STREET CAR!

DSC07321
ORIGINAL HONDA CIVIC EK9 TYPE-R!!

DSC07355
Dari sudut hiasan luaran, Honda Civic EK9 ini menggunakan bodyparts OEM Type-R dari model 99-Spec.

DSC07350
Man who built this nice and clean machine…Ah Siong (Siong Performance)

Inilah contoh Street Car yang menepati ciri-ciri Street Car. Walaupun kelonggaran diberikan sebagai contoh karpet boleh ditanggalkan, KKSoh memilih untuk tidak menanggalkannya. KKSOH memang legend!

Model Kereta Honda Civic EK9 Type-R 99 Spec
Enjin B16A, saiz piston 83mm keluaran Supertech, Racing Camshaft Skunk2 Pro2, Intake Manifold Edelbrook Performer X, Throttle Body Skunk2, Extractor Skunk2 Megaphone, NGK Cable Plug, Aluminium Radiator keluaran Koyorad, Custom Oil Catch Tank, Mugen Air Box, Js Racing Muffler Titanium, ARC Radiator Cap, Hondata S300, Moroso Oil Pan dan berat kereta 1100kg.
Transmission Performance Gear Ratio Custom Made by Siong Performance, LSD 1.5 Way O.S Giken
Chasis/Handling Custom Made RollCage, Suspension TEIN Super Racing, OEM Engine Mounting, Anti-roll bar cusco 24mm, Rear Adjustable Chamber Kit keluaran Cusco.
Wheel/Tyres Tayar Achilles 123s, Sport Rim SSR, AP RACING 4 POT, AP Racing Brakepad 600c
Interior Complete EK9, Stereng Sparco complete set.
Exterior Honda Civic EK9 Type-R 99 Spec
Best Timing 1:16.465 South Track Litar Sepang

Ada satu kata-kata yang menarik di bengkel Ah Siong..renungan bersama :

DSC07289

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *