X-League Battle Series Rd.2 : JOKERLAP PENENTU KEMENANGAN

Petaling Jaya, 29 Februari – Pusingan kedua MSF X-League Battle Series dijalankan di Litar Dato Sagor, Perak Darul Redzuan. Kedatangan X-League ke negeri Perak sememangnya dinantikan oleh para pelumba di sana dan hasilnya telah menjanjikan satu perlumbaan dan persaingan yang sangat sengit. Malah dengan kehadiran 12 buah Proton Savvy jug turut menambahkan warna-warni acara X-League Battle ini. Dengan kerjasama dari F Tuned Racing Suspension juga turut membuatkan acara ini menjadi semakin menarik

Kategori: Street 1600 Limited

s1600
Strategi yang tepat untuk mengambil JOKERLAP hampir membuatkan Fadhlan putih mata!!

Sekali lagi jagoan SNF Racing Fadhlan yang memandu Toyota telah mengungguli tempat pertama. Walaupun pada saringan pertama, Chase Lim yang datang jauh dari Singapura telah berjaya menewaskan beliau. Saringan terakhir kemuncak segala-galanya, Chase Lim mengambil kesempatan yang jelas di hadapan beliau apabila Fadhlan telah mengambil Joker Lap untuk memandu lancar, pusingan yang pantas. Ini menyebabkan Chase Lim berada sebelah-menyebelah dengan Fadhlan apabila beliau keluar dari Joker Lap beliau! Fadhlan bagaimanapundengan pengalaman luas kemahiran door-to-door dalam SNF Racing untuk berada dihadapan di selekoh pertama dan mendapatkan jarak selesa dan menang! “Agak mengejutkan juga apabila melihat Chase Lim sudah berada di sebelah tapi saya berjaya menghalang kemaraan beliau, Jokerlap memang membuatkan kita terkejut dan berfikir bila perlu diambil dan saya hampir saja melakukan kesilapan”. Tempat ketiga milik Ng Yew Hoi yang memandu Proton Satria Neo edisi Clubsport yang turut menggunakan Jokerlap untuk menduduki tempat ketiga.

Kategori: Street Tuned

stunedAhmad Azrol Izwan yang memandu Honda Civic EG6 B16A pada mulanya agak sangsi dengan kebolehan jenteranya ini kerana beliau perlu bersaing dengan jentera-jentera yang lebih berkuasa. Namun pada penghujung saingan beliau berjaya menduduki tempat pertama. Menggunakan Joker Lap sebaik mungkin telah membolehkan beliau menjadi juara. Menduduki tempat kedua Wan Ahmad Farouk dari Ftuned Racing Suspension Team yang memandu Proton Putra juga menggunakan JokerLap sebaik mungkin, “Sebenarnya kereta saya kali ini tidaklah berada dalam keadaan yang sempurna tapi ya thanks to Joker Lap, saya gunakan sebaik mungkin dan tak sangka berjaya menduduki tempat kedua”. Tempat ketiga dimenangi oleh Hasrin Tahir yang memandu Proton Satria GTI.

Kategori: Open VTEC / Turbo

openAzahari Jaafar yang memandu Proton Wira GSR berjaya sekali lagi menduduki tempat pertama walaupun terpaksa berhempas – pulas apabila dicabar dengan begitu sengit oleh Dzamir Shah yang memandu Proton Wira MIVEC. Saingan mereka dapat dilihat apabila bermulanya saringan terakhir atau saringan penentu. Azahari Jaafar tanpa menunggu lama terus memasuki Joker Lap dengan harapan dapat meninggalkan para peserta lain. Namun Dzamir Shah yang bijak menggunakan strategi Joker Lap untuk merapatkan kedudukan. Saingan mereka berdua sangat sengit, namun dengan ketenangan yang ada pada Azahari Jaafar berjaya mengungguli tempat pertama. Tempat ketiga milik Adrian Lo, walaupun pada permulaannya bermula agak perlahan akan tetapi apabila sudah memahami konsep Joker Lap terus sahaja menggunakan ianya sebaik mungkin dan membolehkan beliau balik dengan trofi tempat ketiga.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

MOHD ZAHRIN MOHD ZAHRAN

Media Marketing

Telefon: +6017-477-2852

Email: zahrin@snf.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *