Walaupun MSF Racing masih belum bermula. Pusingan pertama pada 5/6/2016 di Litar Antarabangsa Sepang tinggal lebih 1 bulan sahaja lagi namun itu tidak menghalang beberapa orang peserta sudah mula dan sedang menyiapkan jentera masing-masing. Kelewatan pusingan pertama juga satu rahmat kerana sekurang-kurangnya ada beberapa orang peserta mampu menyiapkan jentera masing-masing dan bersiap-sedia bertempur.
Ahmad Mahalil merupakan salah satu bakal peserta MSF Racing 2016 yang sedang menyiapkan jenteranya bermula pada bulan satu lagi. Beliau telah pun mula menyelongkar dan tanggalkan apa yang patut supaya selari dengan peraturan MSF Racing 2016. Beliau pernah menyertai SNF Racing dahulu dan menyepi seketika namun pada tahun ini dengan perubahan besar MSF itu sendiri membuatkan beliau kembali beraksi.
Mahalil : “Kita merancang untuk menghantar dua buah kereta tahun ini. Satu Proton Satria Neo bagi kategori RaceCars 3 dan satu lagi Proton Satria bagi kategori Super 1500 NA. Tapi yang pasti kami akan dahulukan Super 1500 NA. Teruja dan sedikit gementar sebenarnya untuk menyertai MSF setelah hampir 4 tahun tak sertai mana-mana siri perlumbaan. MSF dengan yuran pendaftaran yang masih mampu, liputan media sosial yang sangat luas jika nak dibandingkan dengan siri perlumbaan antarabangsa dan tempatan yang ada dalam Malaysia, persaingan yang sangat sengit dengan peraturan yang memastikan persaingan dilihat seimbang membuatkan saya sangat teruja untuk memasuki semula siri perlumbaan yang amat dinantikan.”
Perlumbaan yang amat dinantikan sudah hampir tiba. Save the date everyone, 5/6/2016 di Litar Antarabangsa Sepang!
Joe mivec
Thumbs up. ..