Selamat Datang Ftuned ke MSF Racing

F-TunedMSF-3
Dengan berbesar hati, sekali lagi kerjasama antara pihak Ignition.My dengan F-Tuned Racing Suspension terjalin. Jika dahulu kerjasama ini dengan X League Battle Series, kali ini kerjasama ini dilanjutkan kepada suatu acara yang lebih besar. Acara yang sememangnya dinantikan oleh kebanyakkan pelumba dari seluruh pelosok tanah air.

Maka dengan ini diumumkan, F-Tuned Racing Suspension sah bekerjasama dengan Malaysia Speed Festival Racing Series (MSF Racing) untuk tahun 2016. Kerjasama ini sudah pasti merancakkan lagi festival dan industri permotoran Malaysia.

Farouk-Adian-1b

Adian : “Pihak Ignition bersetuju bekerjasama dengan pihak F-Tuned kerana misi dan visi mereka sama dengan pihak kami. Menyediakan ruang yang mampu milik untuk mereka berlumba dengan keselamatan, etika yang tinggi dan sekaligus melahirkan para pelumba profesional tanah air kita pada masa hadapan. Kerjasama ini sangat penting agar kedua-dua pihak dapat mencungkil bakat baru dan merancakkan industri permotoran. Dengan penglibatan pihak Toyo Tyres dan F-Tuned pasti merancakkan perlumbaan hebat ini.”

Wan Ahmad Farouk : “Saya setuju dengan kenyataan Adian Yein dan amat berharap agar kerjasama ini merancakkan industri permotoran. Kita harus bergerak sebagai sebuah pasukan agar semua pihak dapat berlumba dan mengecapi kelebihan ini secara bersama-sama. Terima kasih, peluang ini pasti akan digunakan sebaik mungkin bagi kedua-dua belah pihak!”

Bagi pihak Ignition.My, kami ucapkan jutaan terima kasih kerana bersetuju untuk kerjasama ini. Adalah amat diharapkan agar kerjasama ini membuatkan industri motorsports berkembang dengan lebih hebat.

Save the date 5.6.2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *