Bagi merancakkan lagi suasana Malaysia Speed Festival Racing Series, selain daripada Trackday bagi semua warganegara Malaysia dan sudah pasti paling ultimate acara perlumbaan itu sendiri, Split Second Advance Driving (SSAD) yang dikepalai oleh Encik Rashid Ramlan akan membawa Racing Simulator buat para hadirin sekalian!
SSAD syarikat yang membawa Racing Simulator ini ke Litar Sepang turut menganjurkan dua acara buat para hadirin. Time Attack dan Precision Driving dan ada hadiah bagi mereka yang berjaya memenangi acara-acara tersebut. Ini merupakan suatu peluang yang tidak patut anda para hadirin lepaskan.
Rashid Ramlan : “Misi dan visi pihak penganjur MSF Racing selari dengan pihak kami iaitu mahu melahirkan para pelumba terkemuka tanah air dan mahu membawa mentaliti jika mahu memandu laju silalah ke litar. Maka sebagai sebuah syarikat yang menekan aspek pemanduan betul dan selamat dengan membawa simulator ini mampu membuka minat para hadirin di MSF Racing nanti.”
Save the date everyone 5/6/2016. Peluang ini sepatutnya digunakan oleh anda semua untuk mengasah bakat dan bagi para hadirin yang membawa anak-anak juga boleh dan amat digalakkan untuk menggunakan simulator ini di Pit nombor 33 (sebarang perubahan tempat akan diumumkan dari masa ke masa).