Kebangkitan Armada Starlet

Digelar Armada Starlet bukan tanpa sebab, Fearless, Skillful and will race anything.
Digelar Armada Starlet bukan tanpa sebab, Fearless, Skillful and will race anything.

Tahun 2011 telah menyaksikan kemaraan Toyota Starlet dalam SNF Racing 2011. Siapa tidak kenal dengan nama-nama Ghazi Fawwaz, Ahmad Ezani, Aril Hamka, Ahmad Syarifuddin dan ramai lagi. Mereka telah menyebabkan ramai gentar dengan kepantasan Starlet dan akhirnya keluar gelaran ARMADA STARLET. Setelah penguatkuasaan rollcage atas nama keselamatan maka kita mula kehilangan mereka. Yang masih lagi meneruskan kegilaan ini secara berterusan adalah Aril Hamka.

Tahun 2015 sudah mula kelihatan kembali Armada Starlet. Ahmad Ezani aka Jai Superkarat, Nazif Othman aka Cikgu Ajis, Zairi Latif, Aril Hamka, mula menyertai SNF pada pusingan terakhir. Dari sumber berita yang kami dapat tahun 2016 sah mereka akan kembali datang sebagai sebuah Armada yang wajib digeruni. Kategorinya sudah pasti Street Tuned dan ini sudah pasti membuatkan kategori ini bertambah-tambah panas. Peraturan tayar T1R tidak menghalang mereka untuk berlumba sebab mereka benar-benar REAL RACER!

cikgu

Nazif Othman aka Cikgu Ajis : “Its good to be back!! Dapat jumpa balik kawan-kawan seperjuangan satu perkara yang paling mengujakan. Untuk bersaing rasa makin  akan mencabar skil dengan adanya sedikit pembaharuan dari segi mekanikal dan taktikal. Tambahan bila menggunakan street tyre kelas atasan ni, segelintir kecil driver yang merungut tapi bukan saya, saya hanya menerima pembelajaran dari sesuatu yang baru bagaimana mengawal kuasa jentera apabila menggunakan T1R. Berkaitan dgn layout baru saya tak tahu nak komen sebab saya sendiri pun belum pernah tengok dengan mata kepala saya, melainkan memandu sendiri dalam trek. Berkaitan armada starlet saya rasa lebih seronok dan teruja dengan kehadiran mereka. Harap-harap boleh memberi sedikit saingan kepada jentera-jentera lain yang bersaing dalam kategori yang sama.”

jai

Ahmad Ezani aka Jai Superkarat : “Terharu kerana bakal dapat melihat kebangkitan semula Toyota Starlet. Dengan sedikit perubahan di Litar Sepang dan penggunaan tayar kawalan T1R dari Toyo sudah pasti akan mengubah corak pemanduan tapi saya bersedia dan kawan-kawan lain turut bersedia, WE READY FOR BATTLE!”

Save the Date 5/6/2016 everyone, “perang” hampir bermula di Litar Antarabangsa Sepang!!

 

1 comment

  1. Jai superkarat

    Wuhooi..we are back

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *