MAYHEM MOTORSPORTS READY FOR RACE

mayhem2

MSF Racing 2016 sememangnya telah dinantikan ramai pihak. Tidak terkecuali dari pasukan Mayhem Motorsports yang diketuai oleh Megat Shazreal dan penasihatnya Mr.Darth Vader, Keifli Othman. Mayhem Motorsports dengan kekuatan dua buah jentera akan berentap dalam MSF Racing nanti. Mereka pertaruhkan dua selebriti tanah air iaitu Zizan Razak dan Faye Kusairi. Penyertaan 2 selebriti ini sudah pasti akan membuatkan saingan MSF Racing tahun ini lebih rancak.

mayhem

Megat Shazreal : “Kami akan datang dengan dua buah kereta. Honda Integra Type R DC5 dan Proton Gen2. Zizan Razak akan berlumba menggunakan Honda Integra DC5 Type R dan Faye Kusairi menggunakan Proton Gen2. Sasaran bagi berdua paling penting adalah untuk menghabiskan perlumbaan dan bonus jika Zizan mampu menduduki top 10 dan Faye top 5. Perlu diingatkan kami bermula dengan jentera yang masih dalam proses R&D dan para pelumba ini dalam keadaan menyesuaikan diri dengan jentera masing-masing.”

Faye Kusairi : “Faye  telah menetapkan sasaran untuk berada di kelompok Top 5 jadi saya akan bekerja-keras untuk memastikan sasaran itu tercapai. Bersaing dalam kategori Race Cars bukan satu tugas yang mudah kerana rata-ratanya pelumba profesional tanah air kita. Tapi kita akan berusaha!”

Save the date! 5/6/2016 jika mahu menyaksikan mereka yang berada dalam kaca televisyen berentap dalam dunia perlumbaan yang sangat mencabar ini di Litar Antarabangsa Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *