HYRAX OIL MSF RACING ROUND 1 : PUSINGAN PERTAMA YANG HEBAT

MSF2016-1-a35

Cuaca yang panas dan keesokannya berpuasa tidak menghalang sama sekali hampir 4000 pengunjung datang menyaksikan perlumbaan yang buat julung kalinya diadakan. Kehadiran 160 buah kereta yang menyertai Open Trackday dan 100 buah kereta yang bersiap-sedia untuk berlumba sudah memberi isyarat jelas bahawa MSF Racing sememangnya dinantikan. Jutaan terima kasih buat penaja utama kami iaitu Hyrax Oil kerana tajaan mereka membolehkan kita meneruskan perlumbaan ini, jutaan terima kasih juga buat F-Tuned Racing Suspension. Tayar kawalan dari kerjasama Toyo Tires T1R bagi Street Cars dan R1R bagi kategori Race Cars 1600 dan 1800.

Special Kei

Sing Boy membuktikan beliau masih lagi berbisa. Walaupun dicabar hebat oleh Ezamin dan Mohamed Hafez namun beliau berjaya menahan serangan dari mereka berdua. Kedudukan mereka yang senantiasa berubah menyebabkan sorakan gemuruh dari para penonton di atas bumbung paddock dan juga sepanjang laluan Pit Lane dan sekaligus menunjukkan betapa sengitnya, betapa mendebarkan pertempuran antara mereka bertiga. Namun K.Logesvaran aka Sing Boy berjaya meraih tempat pertama bagi pusingan pertama ini diikuti Ezamin dan Mycil aka Hafez masing-masing ditempat kedua dan ketiga.

Saga Cup

1818 buah kereta, Johor ada, pelanggan Proton R3 ada, bekas pelumba BTCC ada, bekas pelumba Porsche Carrera Cup ada, bekas pengurus pasukan R3 MME 2008 ada. Kategori yang paling meriah dan kategori yang boleh disifatkan paling nasionalis dalam MSF Racing. Mereka tidak pedulikan kuasa enjin, mereka tidak pedulikan betapa cengkamnya tayar yang diberikan, semuanya hanya untuk keseronokan semata dan sudah pasti menjadi siapakah juara yang mampu mengawal jentera yang dikatakan agak liar ini.

Alif Hamdan satu nama yang tidak asing di dalam SNF suatu ketika dahulu telah berjaya menduduki tempat pertama. Walaupun di saringan penentu beliau telah dicabar oleh Fariqe Hairuman yang semakin lama semakin menghampiri beliau.

Alif Hamdan : “Heat 2 saya telah mula mengalami masalah enjin dan mula kehilangan kuasa sedikit demi sedikit dan saya sudah mula nampak kelibat Fariqe di belakang yang semakin hampir. Saya cuba sebaik mungkin untuk mengekalkan jarak dan syukur saya berjaya.” Fariqe Hairuman/Hafiz Bachok dan Navin Kumar masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Super 1500 NA

Kuasa baru muncul dalam kategori ini dan sememangnya agak mengejutkan. Keu Sian Shi dari Momentum  Team telah mengejutkan ramai pihak apabila berjaya menduduki tempat pertama. Mervin Gregory/Davy Wong dari Millenium walaupun mencatatkan masa terpantas namun terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan diikuti oleh Chow Foo Wing juga dari Momentum. Kuasa baru ini sudah pasti akan membuatkan mereka yang dahulunya mendominasi dalam kategori ini tersentak dari lamunan tidur.

Proton 1800 NA

Nicholas Aw pada pusingan pertama ini sangat garang di hadapan. Walaupun pada permulaan lap pertama beliau dilihat dicabar hebat oleh Lau Seng Kiat namun dengan kepantasan jentera dan skil yang ada Nicholas Aw berjaya menjarakkan diri dengan kelebihan 5 saat dihadapan, satu jarak yang sangat selesa. Bagi Lau Keng Siat cukup untuk mengekalkan tempat kedua. Bagi tempat ketiga dimiliki oleh Mohd Idzuan.

SuperStreet

Memang sudah dijangkakan penguasaan 4G63T dalam kategori ini pasti terjadi. Namun menarik sekali apabila kedudukan tempat pertama berubah sama sekali. Jentera bernombor 65 dari Millenium yang dipandu oleh Nishiram Singh dan Ghazi Fawwaz telah mendominasi dan sekaligus menduduki tempat pertama. Sayang buat gandingan Johan Jazza/Jasa Jazzaa dari JJ Racing Team terpaksa berpuas hati di tempat kedua meskipun pada heat 1 mereka cemerlang kerana mengalami masalah mekanikal. Tempat ketiga dimenangi oleh gandingan Shazli Mohamed/Harve Singh memandu satu-satunya jentera bernadikan NA Toyota Altezza.

Street 1600 Limited

Sekali lagi gandingan Hazlami dan Muslim dari WAKOS Garage menguasai kategori ini. Mereka yang dahulunya juara keseluruhan dalam kategori ini telah membuktikan mereka masih lagi dalam mood memburu kejuaraan. Meskipun pada permulaan awal diberi saingan oleh gandingan Faiz Sulaiman/Fadhlan namun semakin lama jarak mereka makin jauh dengan perbezaan 9 saat. Namun sudah ada pencabar baru yang bakal memecahkan dominasi jentera 4AGE. Khairi Mohmad dari DRX yang memandu Proton Satria bernadikan 4G92 non-mivec telah menduduki tempat ketiga meskipun ini kali pertama menyertai kategori ini.

Street Tuned Limited

2msfPenyertaan Toyota Starlet yang dahulunya dikenali sebagai Armada Starlet sememangnya dinantikan. Dengan penyertaan mereka pasti membuatkan saingan dalam kategori ini bertambah sengit. Nazif Othman dari Tuner Craft telah cuba memberikan saingan sengit buat Gan Kim Koa/Philip Tang apabila memasuki lap kedua beza masa antara mereka berdua  hanyalah 0.103 saat, namun gandingan hebat dari JDM Racing iaitu Gan Kim Koa dan Philip Tang sekali membuktikan mereka dalam misi memburu kejuaraan keseluruhan. Mereka telah berjaya menduduki tempat pertama meskipun telah mengalami masalah pada gearbox mereka dengan jarak perbezaan 7.5 saat. Tempat ketiga diduduki oleh Mohd Shalifuzam yang memandu Daihatsu Charade.

Gan Kim Koa : “Kita mula mengalami masalah pada gearbox pada lap kedua, namun kita cuba juga yang terbaik dan mesin pun dalam keadaan elok dan respon maka dari gear 3 kami terus lompat ke gear 5 dan cuba mengekalkan jarak. Ya ini satu perlumbaan yang hebat dan membuka satu ruang untuk kita meningkatkan ilmu handling kerana penggunaan tayar yang baru.”

RaceCars 1600

Penyertaan semakin meningkat bagi kategori ini dan saingannya sangat hebat. Jika diikutkan catatan masa terpantas kesemuanya telah mencatatkan masa 2m48s dan hanya dibezakan milisaat sahaja. Namun ini adalah perlumbaan door-to-door maka jumlah keseluruhan perbezaan mata diambil kira. Persaingan sengit melibatkan Hasrin Tahir dan Faye Kusairi. Namun Hasrin Tahir yang berjaya mengekalkan momentum masa dalam lingkungan 2m48saat berjaya menjarakkan diri dari Faye sebanyak 2 saat. Faye melakukan kesilapan kecil maka pada lap 3 dan ke-4 mencatatkan masa 2m50s namun bingkas bangkit tapi sudah terlambat. Juara bagi kategori ini adalah Chan Beng Leong / Chang Hai Kiat.

Race Cars 1800

Sayang buat Azlan Malik dari Wenso, pada heat 1 beliau sudah pun berjaya menunjukkan kemampuan bahawa beliau bakal mendominas dalam kategori ini. Pada heat 2 telah berlaku sedikit kesilapan maka beliau terpaksa berpuas hati ditempat keempat. S.Ramesh pada heat 2 terus merebut peluang ini untuk menduduki tempat pertama, diikuti Hugo Maverick/Ee Yoong dari Spike Motorsports dan tempat ketiga dimenangi oleh Winston Tan dari JDM Racing.

RaceCars Open

0msfKategori ini merupakan kategori tumpuan dimana persiapan jentera ini berada ditahap tertinggi. Shazul Hisham dari LMC Engineering memandu Honda Integra DC2 bernadikan enjin K24 mengungguli tempat pertama. Dengan persiapan rapi dan skil yang hebat ternyata Shazul Hisham tidak dicabar oleh mana-mana para peserta lain yang turut berentap dalam kategori ini. Meskipun cuba dicabar oleh Najiy/Ifwat Razak dari DNT Tune namun menjelang lap yang ke-3 jarak mereka berdua ternyata sudah jauh. Dengan mudah Shazul Hisham merangkul tempat pertama sementara Najiy/Ifwat dan Faidzil Alang/Muhd Hisyamuddin dari Fast Lap Autoworks masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Shazul Hisham : “Kita sebenarnya tidak menjangkakan kemenangan ini dengan selesa malah sasaran kami hanya ingin berada di kedudukan 5 teratas kerana ada beberapa masalah kecil timbul malam sebelum perlumbaan, namun syukur kerana mampu menghabiskan perlumbaan dan menduduki tempat pertama.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *