Saga Cup : Warriors From The Past Is Back

sagacup

Siapa sangka Saga Cup telah menjadi satu fenomena? Siapa sangka kategori ini telah menjadi satu kategori himpunan para pelumba profesional negara? Siapa sangka model pertama kereta keluaran Malaysia masih ada yang sayang? Sekaligus memberi satu makna bahawa untuk menjadi racer yang cemerlang bukannya perlu tayar yang super-grip, untuk menjadi racer sejati bukannya perlu memandu sebuah jentera yang laju mengalahkan cahaya.

Dalam kategori ini kita ada Super Taikyu Champion (bagi yang bermain losyen tak tahu apa itu Super Taikyu tolong tanya syeikh Google), kita ada World Time Attack Racer, kita ada Prince Of Drift, kita ada otai AFOS, kita ada otai trek legenda Batu Tiga, kita ada otai-otai trek Pasir Gudang, kita ada terlalu banyak untuk disenaraikan. Tapi yang pasti akan menjadi satu pertempuran umpama Perang Badar, Perang Sparta dan Parsi, Perang Kingdom Of Heaven, Perang Three Kingdom.

Pertempuran kedua yang amat dinantikan pada pusingan kedua.
Pertempuran kedua yang amat dinantikan pada pusingan kedua. Jarak ini tidak mustahil akan menjadi bertambah rapat atau sebaliknya. Just wait for round 2!!

Pusingan pertama kita menyaksikan penguasaan secara total dari Alif Hamdan. Dari saringan pertama hinggalah saringan penentu beliau berjaya menduduki tempat pertama. Namun untuk menduduki tempat pertama beliau terpaksa bekerja-keras untuk memastikan “musuh” tidak berada rapat di belakang beliau. Alif Hamdan sedar ancaman daripada Fariqe Hairuman yang semakin lama semakin hampir di belakangnya maka suka atau tidak dengan perubahan jumlah lap dari 4 kepada 5, Alif Hamdan wajib berjaga-jaga dengan ancaman ini. Tambahan pula dengan kehadiran Tengku Djan sudah pasti membuatkan perebutan tempat pertama dalam kategori ini pasti mengundang aksi yang sangat sengit dan padat dengan aksi.

Save the date 30/7/2016. Jumpa nanti di Litar Antarabangsa Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *