Pusingan pertama yang telah berjalan dengan baik namun masih ada perkara yang perlu diperbaiki untuk keselesaan anda semua. Maka untuk memastikan kesesakkan lalu-lintas yang berlaku pada pusingan pertama tidak lagi berlaku maka kami telah memutuskan kaunter pendaftaran dibuka pada dua bahagian.
MSF RACING :
Pendaftaran dilakukan tempat sama iaitu di Paddock Entrance.
TRACKDAY :
Untuk sesi pendaftaran TRACKDAY, anda perlu ke kawasan letak kereta yang berhadapan dengan pintu masuk utama SIC. Setelah mendaftar sila terus ke Paddock Entrance untuk meneruskan acara Trackday. (RUJUK ANAK PANAH BERWARNA MERAH JAMBU/PINK).
PENGUNJUNG :
Bagi para pengunjung sila ke Paddock Entrance untuk membeli tiket dan pas anda. (RUJUK ANAK PANAH BERWARNA HIJAU).
Tujuan membuka dua kaunter berasingan untuk memastikan tiada lagi kesesakan lalu-lintas seperti pusingan pertama dan juga keselesaan anda pada hari acara tersebut. Adalah amat diharapkan agar anda semua dapat mematuhi laluan ini untuk memastikan perjalanan ini lancar.
Terima kasih.