#88 : Pencabar Baru Street 1600 Ltd

WhatsApp-Image-20160716

Dominasi Toyota 4AGE tak perlu disoalkan. Ternyata mereka masih lagi menguasai lagi kedudukan teratas meskipun cuba dicabar oleh 4G92 mahu Campro. Bagi memecahkan dominasi mereka ini muncul lagi sekali lagi fighter baru yang menggunakan Suzuki Swift.

Rashid Ramlan dan Shaifulnizam Kamarudin Dori’s Racing-SSAD akan memandu Suzuki Swift Sport 1.6 telah mengesahkan penyertaan mereka pada hari sabtu lalu. Sudah pasti ini menambahkan aksi-aksi hebat dalam kategori ini yang sememangnya kesemuanya berpotensi untuk menang.

Rashid Ramlan : “Syukur saya dapat bergabung semula dengan teman saya Shaifunizam setelah hampir 4 tahun tidak berlumba bersama. Kami muncul semula dengan sasaran menamatkan perlumbaan dengan kedudukan yang baik dan mahu menguji sejauh mana kekuatan enjin Suzuki Swift Sport ini.”

Soalannya mampukah dominasi 4AGE dileraikan? Hanya sekali sahaja pada tahun 2015 kedudukan tempat pertama milik Shahrulnizam dari SNF’D yang memandu Nissan Sentra SR16 Neo-VVL. Mampukah gandingan Dori’s Racing – SSAD ini meleraikan sekali lagi dominasi 4AGE? SAVE THE DATE 30-7-2016 di Litar Antarabangsa Sepang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *