HYRAX OIL MSF RACING ENDURO : 41 HARI LAGI

enduropromo

16/10/2016 bakal berlangsungnya pusingan enduro yang menjadi penentu kejuaraan ini kerana enduro akan memberi markah kejohanan 2 kali ganda. Pusingan enduro juga menjadi medan engine builder, tuner dan pelumba itu sendiri membuktikan siapakah yang mampu bertahan.

Pusingan enduro menarik kerana ianya hanya berjalan selama 35 minit dan tidak dibenarkan menukar tayar dan paling penting sekali tidak dibenarkan mengisi semula minyak petrol. Ramai yang tertanya-tanya kenapa tidak dilanjutkan saja kepada 1 jam, kenapa tidak dibenarkan pengisian semula petrol.

“Kita buat selama 35 minit kerana banyak aspek kita yang telah kita ambil kira. Kalau dilanjutkan 1 jam sudah pasti ada beberapa kereta yang mungkin terpaksa mengisi semua petrol dan ini mengundang bahaya kerana untuk membenarkan pengisian semula petrol banyak perkara harus diwajibkan umpamanya pemakaian pakaian kalis api, harus menitik-beratkan aspek keselamatan tahap tertinggi. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh, kita bermain dengan bahan yang mudah terbakar. Jadi untuk memastikan semua orang boleh berlumba dengan selamat maka kita menetapkan pusingan enduro hanya untuk tempoh 35 minit sahaja.” – Adian Yein.

Pusingan enduro juga kita bakal menyaksikan strategi pasukan manakah yang menjadi. Belum tentu sebelum penukaran pemandu kedua anda telah menduduki tempat pertama anda akan berjaya, kerana jika dalam pit anda tersilap membuat perkiraan maka tempat pertama yang diidamkan sudah pasti bakal terlepas. Endurance Racing semuanya berkaitan dengan strategi.

Pusingan enduro tahun ini dijangkakan mungkin lebih mencabar. Jika dahulu pusingan enduro dijalankan pada waktu malam, namun kali ini dijalankan waktu siang, full track, dengan permukaan suhu trek mencecah 51celcius sudah pasti sedikit sebanyak mencabar fizikal para pelumba kali ini. Enduro cara MSF masih mengekalkan lagi konsep sprint race, bercorak pantas dan buat para penonton sudah pasti ini akan teruja dengan aksi memintas di saat akhir dengan kelajuan penuh.

Walaupun 41 hari sahaja lagi, namun percayalah ianya semakin hampir. Persiapan rapi harus dibuat dengan maksimum. Hyrax Oil MSF Racing Pusingan Enduro menanti para pahlawan Malaysia pada 16-10-2016 di Litar Antarabangsa Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *