#27 : “Kereta Kena Tahan Dan Konsisten”

zam

“In 27 we trust” – Ezamin

Satu tagline yang memang menjadi pegangan buat Ezamin dari Zam Autogarage. Namun kepercayaan itu masih lagi tidak terbalas. Ezamin atau Zam pada dua pusingan berturut-turut gagal mendapat tempat pertama walaupun dilihat mendominasi pada saringan pertama kerana jentera #27 mengalami masalah sedikit.

Ezamin : “Untuk enduro saya masih lagi mencari pemandu gantian saya. Kalau boleh saya mahu yang boleh konsisten dengan catatan masa agar dapat kita tentukan strategi seterusnya. Banyak kesilapan kecil yang kami buat tahun lalu macam berada terlalu lama dapat pit dalam tempoh masa 6 minit dan sudah pasti ini meranapkan usaha kami. Tahun ini juga tempat pertama dah dua pusingan berturut-turut tak dapat tempat pertama dah macam musim kemarau saya rasa, jadi kena buat persiapan rapi. Pihak lawan nampak gayanya telah membuat persiapan yang sangat rapi berbeza pada tahun lepas. Jadi pusingan enduro saya akan cuba membuat yang terbaik dan akan menyelesaikan masalah-masalah kecil yang sering timbul ketika di saringan akhir.”

Ezamin antara para peserta Special Kei yang terbaik dalam MSF sudah pasti persaingan dalam kategori ini dijangka menarik. Soalannya apakah misi Ezamin berjaya? Semua itu kita kena tunggu pada 16-Oktober-2016 di Litar Antarabangsa Sepang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *