SuperStreet Perebutan Kejuaraan Yang Sengit

superstreetbakar
Superstreet akhirnya menjadi satu kategori tumpuan. Enjin baru, model kereta baru dan beberapa peraturan yang membuatkan kategori ini semakin lama semakin panas. Jika dahulu hanya melibatkan 2-5 buah kereta sahaja namun kali ini sudah mencecah 8 buah kereta. Malah yang menyertainya juga bukan calang-calang.

Suka atau tidak perebutan kejuaraan kali ini nampak gayanya melibatkan Johanz/Jaza dari Phantus JJ Racing Team dan Nishiram/Ghazi Fawwaz dari Millenium Motorsports. Perbezaan antara mereka hanyalah 30 mata sahaja dan buat sementara waktu tempat pertama masih lagi milik gandingan Johanz/Jaza. Tahun lepas memang milik gandingan ini namun tahun ini nampak gayanya mereka harus bekerja-keras untuk mempertahankan kejuaraan. Gandingan mantap dari Millenium Motorsports ini telah menunjukkan satu signal jelas pada pusingan pertama bahawa mereka benar-benar mahu menjadi juara apabila berjaya menduduki tempat pertama dengan cemerlang. Pusingan kedua mereka terkandas apabila mengalami masalah brek dan ini membolehkan Johanz/Jaza mendahului buat sementara waktu. Soalannya? Jika ikut dari atas kertas kedua-duanya hebat. Kedua-duanya mampu membuat kejutan di saat-saat akhir. Apakah mampu penyandang kejuaraan bertahan atau terpaksa akur dengan kemaraan Nishiram bersama bekas kapten armada starlet Ghazi Fawwaz?

superstreetbakar2Perebutan tempat ketiga juga menarik. Shazli/Harve dari Penrite-AHM Technik berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Mengekori rapat adalah Raja Imran dari VIS Autoworks dengan hanya dibezakan 45 mata sahaja. Raja Imran telah menduduki tempat ketiga pada pusingan kedua baru-baru ini dan tidak mustahil boleh mengulanginya tapi dengan syarat enjin beliau berada di dalam keadaan yang sangat baik. Apakah gandingan Shazli dan Harve akan berdiam diri sahaja? Dari sumber diperolehi mereka juga telah melakukan modifikasi terhadap enjin mereka. Jadi pertempuran tempat ketiga juga dijangkakan akan jadi sangat menarik.

SuperStreet semakin lama semakin panas mengingatkan kita pada tahun 2011 versi SNF. Malah kategori ini juga menerima penyertaan dari peserta X League Battle untuk pusingan enduro ini dan tidak mustahil boleh membuat kejutan. Save the date 16-10-2016 di Litar Antarabangsa Sepang.

1 comment

  1. mior sallehuddin

    Super street ni kategori kereta yang macamane ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *