Kehadiran pelumba wanita dalam Malaysia Speed Festival boleh dikatakan agak memberangsangkan. Penyertaan mereka dalam kategori Saga Cup dan Race Cars boleh dikatakan menyebabkan para pelumba kaum lelaki agak tertekan. Tapi untuk pusingan kali ini dijangkakan epik. Lama yang menunggu pertempuran mereka berdua dan akhirnya menjadi kenyataan dan ya Faye Kusairi buat pertama kalinya bakal berdepan dengan Geraldine Read.
Dua pelumba wanita yang skil dan hebat dalam aksi perlumbaan. Sudah pasti dalam perlumbaan kita mahu menyaksikan siapa yang berada di hadapan. Faye atau Geraldine? Dari atas kertas kedua-dua nampak seimbang. Faye Kusairi sudah lama bersama MSF (dulu SNF), pernah menduduki tempat ketiga pusingan pertama, mendahului agak kedepan pada pusingan kedua namun terpaksa berhenti awal kerana masalah kereta dan pernah menjuarai kejuaraan endurance baru-baru ini. Geraldine Read bermula sebagai rookie, berlumba juga dengan mereka yang hebat (yang juga berada dalam MSF/snf sekarang ini) dan boleh dikatakan amat berpengalaman. Dari siri perlumbaan yang lain menunjukkan peningkatan yang sangat ketara. Peningkatan catatan masa juga amat hebat.
Jadi siapa yang mampu berada dihadapan? Susah mahu diramalkan, jika ditanya pada mereka diluar sana mereka memilih Faye kerana kemampuannya dan rekod cemerlangnya. Tak kurang juga yang mengatakan Geraldine, tapi bagi pihak penganjur pertembungan mereka berdua amat dinantikan. Pertembungan mereka ini sudah pasti menarik perhatian kerana cerita berkenaan pertembungan bertiup kencang sejak tamatnya pusingan kedua. Tidak kisah siapa yang berada dihadapan tapi jika mereka berjaya menduduki podium ini satu isyarat jelas dominasi kaum lelaki dalam sukan permotoran dicalar dengan hebat.
Save the date 16-10-2016 di Litar Antarabangsa Sepang!