26 Hari Menjelang Perhitungan Terakhir

final1
Akhirnya MSF Racing 2016 sudah tiba pada penghujungnya. Setelah 3 pusingan berjalan dengan jayanya, banyak suka dan duka dapat kita saksikan. Para pahlawan dari utara hingga selatan tanah air datang “bertempur” dengan hebatnya. Mereka datang meskipun bukannya kejuaraan yang mereka cari tetapi untuk menjadi REAL RACER. Salute kepada mereka.

Perjuangan para pahlawan Malaysia ini sudah tiba penghujungnya. Siapa yang bakal menjadi juara keseluruhan? Ada beberapa kategori nampaknya peluang kejuaraan masih terbuka luas selepas tamatnya pusingan enduro. Sudah pasti dengan perbezaan mata yang sangat tipis ini kita berpeluang melihat para pahlawan yang mampu menjadi juara akan bertempur sehebat-hebatnya. Last battle, last fight, one last round akan menjadi satu fenomena bagi tahun 2016. Perlumbaan yang telah menarik hampir 300 orang pelumba dan secara purata 120 buah kereta telah menjadi satu fenomena masa sekarang. Dari celahan ratusan kereta siapa yang mampu menjadi juara bagi setiap kategori dipertandingkan.

final2

Pusingan terakhir bakal menjadi medan bagi mereka yang sangat “bernafsu” dalam memburu kejuaraan. Sepanjang sejarah penganjuran SNF pada waktu dulu, pertempuran akhir merebut kejuaraan bagi mereka yang berpeluang untuk merampas kejuaraan ini selalunya tidak berjaya kerana penyandang kejuaraan sudah pasti akan mempertahankan segala-galanya. Dari tahun 2011 hingga 2015 boleh dikatakan peratusan untuk merampas kejuaraan dari penyandang selalunya tidak berjaya. Namun itu sudah menjadi sejarah, persoalannya pada tahun 2016 ini mampukah penyandang kejuaraan bertahan? Jika dilihatkan pada corak pertempuran sepanjang 3 pusingan terakhir ini tidak mustahil boleh berubah. Penyandang kejuaraan suka atau tidak pasti mengharapkan musuh lain menghalang kemaraan musuh yang paling rapat dengan mereka.

Tidak dinafikan juga, ada di antara mereka sudah tidak memperdulikan kejuaraan, sasaran mereka hanyalah untuk menumpaskan real king! Dari Special Kei hinggalah RaceCars Open majoritinya untuk pusingan akhir ini menumpaskan “musuh” abadi mereka dan akan memperbaharui rekod yang pernah diciptakan oleh “musuh” mereka. Ini sudah menjadi lumrah dan boleh dikatakan bakal merancakkan lagi persaingan pusingan akhir ini.

Percaya atau tidak kategori yang masih terbuka lagi kejuaraan adalah dari kategori-kategori berapi dan sudah pastinya anda sebagai para penonton tidak boleh untuk tidak hadirkan diri pada tarikh keramat 27.11.2016. Anda wajib datang kerana anda dapat menyaksikan pelbagai aksi dan perasaan yang menglibatkan para pahlawan Malaysia ini. Mereka akan berjuang habis-habisan untuk menduduki tempat yang terbaik.

Save the date 27-11-2016 di Litar Antarabangsa Sepang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *