“The enemy of my enemy is my friend”
Super 1500 NA semakin lama semakin menarik. Antara kategori yang menghimpunkan banyak jentera dari pelbagai model. Kategori ini juga bakal menyaksikan pertembungan yang paling dahsyat. Kejuaraan yang boleh dikatakan terbuka. Sang penyandang harus berhati-hati dengan ancaman yang berada di tempat kedua, penyandang tempat kedua juga harus berhati-hati salah percaturan mereka yang berada di tempat ketiga dan keempat bila-bila masa sahaja akan merampas.
Mervin Gregory / Davy Wong dari Millenium Motorsports merupakan penyandang kejuaraan kategori ini buat sementara waktu. Kalau diikutkan logik dan kekuatan mereka diatas kertas kejuaraan bagi kategori Super 1500 NA bagi tahun 2016 bakal menjadi milik mereka. Cukup sekadar menduduki tempat kedua atau ketiga sudah membolehkan mereka menjadi JUARA. Mengekori rapat ditempat kedua ialah Keu Sian Shi dari Momentum AutoGarage. Beza antara mereka 95 mata. Keu Sian Shi suka atau tidak harus menduduki tempat pertama untuk mengumpul mata maksimum dan mengharapkan gandingan mantap dari Millenium ini menduduki tempat keempat dan ini melibatkan 2 peserta lain. Keu Sian Shi harus berdoa atau mengharapkan Aril Hamka/Faiz Azmi dari WakSam Garage dan Nazrul Hakim/Mahyuddin dari Prodrag Motorsports menghalang kemaraan #99. Soalannya apakah mereka mampu? Sedangkan mereka sendiri akan berusaha untuk mempertahankan tempat ketiga dan merebut tempat ketiga.
Nazrul Hakim/Mahyudin Kelion dari Prodrag Motorsports juga ada misi untuk menduduki tempat ketiga kejuaraan. Mereka akan bertempur dengan hebat penyandang tempat ketiga buat masa sekarang Aril Hamka/Faiz Azmi dari WakSam Garage. Kekuatan mereka dari dua pasukan ini dilihat seimbang. Tapi mereka harus berhati-hati dengan ancaman dari Chow Foo Wing #189 juga dari Momentum AutoGarage kerana jika dilihatkan dari catatan masa pada pusingan enduro beliau mencatatkan masa lebih pantas daripada mereka. Tidak mustahil Chow Foo Wing bakal merampas tempat ketiga dari tangan mereka?
Yup, Super 1500 NA sangat panas. Barangkali ini dalam sejarah apabila top 5 dalam kategori ini memerlukan antara satu sama lain. Mervin/Awei memerlukan kemaraan Aril/Faiz Azmi dan Nazrul Hakim/Mahyudin manakala Keu Sian Shi juga mengharapkan kemaraan mereka akan tetapi mereka juga harus bersaing sesama sendiri dan juga harus memastikan Chow Foo Wing tidak berada dihadapan.
SAVE THE DATE – 27-11-2016 di Litar Antarabangsa Sepang, Super 1500 NA its gonna be good damn battle!