Proton 1800 NA : Tempat Kedua Jadi Rebutan

p1800bakar

Melihat pada tajuk maka wajib kita mengucapkan tahniah pada Nicholas Aw yang berjaya menjadi JUARA keseluruhan bagi tahun 2016. Beliau pada pusingan akhir boleh sahaja menduduki tempat ke-5 untuk memastikan kejuaraan milik beliau. Tapi jika berada dikedudukan ke-6 maka kejuaraan boleh beralih arah. Tapi agak mustahil kerana Nicholas Aw #73 di atas kertas dan rekod terdahulu sangat cemerlang.

Pertempuran sebenar melibatkan tempat kedua. Lau Seng Kiat dari Ngah Motorsports yang sepatutnya mencabar kedudukan Nicholas Aw namun pada pusingan enduro beliau terpaksa berpuas hati ditempat ke-5 dan ini membolehkan beliau terus kekal di tempat kedua. Namun kedudukan itu dilihat tidak selamat, mengekori rapat adalah #34 Idzuan dari Infinity Speedworks, #999 Ilyas dari Seladang Merah dan #7 Sutan dari SMS-LMC Engineering. Kesemua mereka ini hebat-hebat dan tidak mustahil boleh  merampas tempat kedua dari tangan Lau Seng Kiat. Memang dari atas kertas dilihat Lau Seng Kiat mungkin tidak mampu dicabar pada pusingan akhir ini namun beliau harus memastikan 3 orang peserta lain ini berada dibelakang beliau dan tugasan itu mungkin agar mencabar kerana #7 Sutan Mustafa bukanlah peserta yang mudah. Pusingan kedua beliau berjaya menduduki tempat pertama. Persaingan kali ini benar-benar hebat kerana tidak mustahil kedudukan boleh berubah!

Pusingan akhir ini tumpuan diberikan kepada kedudukan tempat kedua. Siapa yang berjaya menjadi naib juara? Jawapannya ada pada 27-11-2016 di Litar Antarabangsa Sepang. Simpan tarikh tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *