SuperStreet : Pusingan Akhir Penentu

ssbakarline

Kategori ketika awal diperkenalkan agak lesu penyertaannya namun kali ini ianya semakin mendapat tempat pada tahun 2016. Banyak model-model baru turut serta dalam kategori ini. Dari Honda hingga ke Mercedes Benz A250 membuatkan kategori ini agak istimewa dan menarik untuk dipertontonkan. Sebelum kita menghuraikan apa yang bakal berlaku untuk kategori ini marilah kita mengucapkan tahniah pada Nishiram Singh dari Millenium Motorsports Asia yang memandu Mitsubishi Evo 3 kerana jika tiada aral melintang kejuaraan bakal menjadi miliknya.

Tetapi, beliau harus memastikan beliau mesti menamatkan perlumbaan jika gagal menamatkan perlumbaan maka kejuaraan yang semakin hampir ditangannya akan terlucut sama sekali jika pencabar utamanya Johanz/Jaza Jassa dari JJ Racing berjaya menduduki tempat pertama. Jika diikutkan atas kertas dari pusingan terdahulu kejuaraan semakin pasti milik Nishiram. Gandingan JJ Racing Team juga tidak boleh memandang sepi dengan ancaman Raja Imran yang memandu Proton Satria 4G63T. Beliau secara konsisten menduduki podium dan terbaru merapatkan kedudukan mata apabila #63 kendalian JJ Racing Team gagal menamatkan perlumbaan. Sudah pasti #63 akan bertindak balas untuk memastikan sekurang-kurangnya tempat kedua tidak dirampas meskipun tempat pertama akan gagal.

Meskipun #135 memburu kedudukan tempat kedua beliau juga harus bersiap-sedia dengan ancaman #400 M.Hasrul Hisham yang memandu Honda Civic EG6 K20. Hasrul yang secara konsisten menduduki podium dan masa enduro menduduki tempat ketiga membolehkan beliau merapatkan jurang pungutan mata. Walaupun memburu tempat ketiga Hasrul juga harus sedar dengan ancaman Mercedes Benz A250 kendalian Alif Hamdan/Adian Yein dari AHM-Penrite. Berjaya menduduki tempat kedua pada pusingan enduro membolehkan mereka memburu tempat ketiga pada pusingan akhir nanti. Mereka juga #172 tidak boleh memandang sepi dengan ancaman bekas naib juara kategori ini, #11 Shazli/Harve yang telah menaik taraf jentera mereka sudah pasti juga memburu tempat yang lebih baik.

Kedudukan kejuaraan yang sangat sengit dan mendebarkan. Ingat tarikh ini 27-11-2016 di Litar Antarabangsa Sepang. Siapakah yang akan berjaya? K20? 4G63T? A250? Atau 3SGE Turbo? Hot battle!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *