Street Tuned Ltd : 4 Kali dan Masih Terbuka Luas

street

Kategori ini dari tahun 2012 hingga sekarang tak lekang dari aksi hebat dan kontroversi. Namun kategori ini boleh dikatakan dekat dengan para penonton kerana kategori ini melibat penggunaan kereta-kereta yang biasa kita lihat di jalanan. Suka atau tidak kita harus mengucapkan tahniah kepada Gan Kim Koa dan Philip Tang #60 kerana berjaya mengekalkan kejuaraan 4 tahun berturut-turut. Satu pencapaian paling hebat dalam sejarah MSF (SNF) dan tiada siapa lagi yang mampu memecahkan rekod mereka. Pusingan akhir ini duduklah di kedudukan mana sekali pun mereka TETAP CHAMPIONE! Walaupun hanya menggunakan B16a 1700cc dan diserang dengan 1900cc dan bernadikan turbo, mereka tetap unggul. Tetapi kena habiskan perlumbaan jika DNS atau DNF, ada yang merampas kedudukan tersebut.

Aril Hamka/Shafiq Rosli #811 dari WakSam Garage gandingan mantap seorang berpengalaman seorang lagi bintang muda meningkat naik. Mereka sekarang posisi yang boleh dikatakan agak selamat untuk menjadi Naib Juara bagi kategori ini. Jika mereka mengekalkan tempo atau rentak berada di dalam kelompok tiga teratas maka mereka akan menjadi Naib Juara. Tapi awas! Kedudukan ini diintai sepenuhnya dan dengan rapat oleh dua peserta lain, Mohd Shaifuzam/Azref Abdul Rani dari DOC Racing Team dan Hapizu Husin / Johan Harun dari Infinity Speedworks. Kedua-dua pencabar ini boleh dikatakan hebat-hebat belaka. Pernah menduduki top 3 podium dan ini satu isyarat jelas bahawa Aril Hamka/Shafiq Rosli harus dan wajib memastikan mereka ini berada di belakang. Hapizu/Johan Haron juga selain ghairah memburu Aril/Shafiq, mereka juga harus memastikan Ahmad Ezani/Asri Zakaria dari SuperKarat700 Team tidak memintas mereka. Memang dari sudut atas kertas kelebihan berada dibelah Infinity Speedworks namun ini adalah perlumbaan door-to-door racing, selagi tidak melepasi garisan penamat selagi itulah peluang terbuka luas.

Buat para penonton, simpan tarikh ini 27-11-2016 di Litar Antarabangsa Sepang. Satu pertempuran yang sangat menarik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *