RaceCars 1600 : Champion dan Sejarah Mungkin Tercipta

race1600
Race Cars 1600 telah memasuki musim kedua dipertandingkan. Musim 2016 menyaksikan penyertaan agak meningkat. Malah kita dapat menyaksikan pertempuran demi pertempuran yang semakin hebat. Tidak sah untuk kita mengucapkan tahniah pada Champion kategori ini Chan Beng Leong / Chang Hai Kiat dari BMS Racing Lab. Tamatkanlah tempat keberapa juara kekal milik mereka. Mereka sangat konsisten menduduki podium membolehkan kejuaraan menjadi milik mereka, tahniah!

Pertempuran tempat kedua dijangka menarik. Beza hanyalah 50 mata dan ini sudah pasti menjanjikan satu aksi dan persaingan yang sangat sengit. Faye Kusairi dari Mayhem Motorsports harus memastikan pencabar yang mengekori rapat dari sudut pungutan mata Ahmad Faizry dari Loco Racing Team berada dibelakangnya. Jika Ahmad Faizry berjaya memintas dua saringan berturut-turut maka tempat kedua menjadi milik beliau. Sudah pasti Faye Kusairi mahu mencipta sejarah apabila menjadi satu-satunya pelumba perempuan yang berjaya menduduki tempat kedua secara keseluruhan dalam sejarah permotoran. Soalnya mampukah beliau menghalang kemaraan Ahmad Faizry yang bukan calang-calang juga orangnya? Pertempuran dijangka seimbang maka inilah satu perlumbaan yang harus kita nantikan.

Tempat keempat dan kelima juga terbuka luas. Cy Ong/Geraldine dari Dream Chaser juga harus memastikan tempat keempat kekal ditangan mereka kerana mengekori rapat buat sementara waktu adalah Hasrin Tahir dari Bawang-LMC Engineering yang juga harus memberikan persembahan yang baik. Dream Chaser sebenarnya berpeluang menduduki tempat kedua keseluruhan jika dilihatkan keputusan pada pusingan Enduro baru-baru ini mereka berjaya menduduki tempat pertama dengan catatan masa jauh lebih pantas dari mereka ini.

Save the date, 27-11-2016 di Litar Antarabangsa Sepang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *