RaceCars 1800 : Tamat Top 5 dan Champion

rc1800
Race Cars 1800 satu kategori yang agak seimbang kerana kesemua jentera mempunyai had. Tidak boleh melebih 1900cc dan ini membuka ruang pada persaingan yang lebih sengit dan padu. RaceCars 1800 juga ada suka-dukanya apabila yang menjadi calon dijangka memberikan saingan sengit ada yang kurang menyerlah dan sebagainya.

Azlan Malik dari Wenso Racing jika mengekalkan rentak kemenangan hatta di kedudukan 5 sekalipun kejuaraan menjadi milik beliau. Tapi awas! Beliau pernah hampir berputih mata pada pusingan pertama dan jika beliau tidak berhati-hati dan tidak menduduki top 5 maka kejuaraan bakal dirampas oleh pencabar yang mengekori rapat. Winston Tan dari JDM Racing mempunyai tugas yang sangat sukar jika mahu merampas kejuaraan ini. Perlu menduduki tempat pertama dari saringan pertama dan akhir dan sudah pasti mengutip mata penuh barulah peluang kejuaraan itu muncul. Tetapi beliau juga mengharapkan Azlan Malik gagal menduduki top 5 dimana agak mustahil dari atas kertas, Azlan Malik pantas dan kemungkinan untuk berada di kedudukan ke-6 agak mustahil. Tapi ini perlumbaan, selagi mana belum sampai ke garisan penamat selagi itulah kita berjuang.

Winston Tan juga wajib memastikan Hugo/Ee Chong Yern dari Team Works Engineering berada dibelakang beliau. Mengekori sangat rapat 35 mata sahaja dan ini sudah memberikan satu isyarat jelas perebutan tempat kedua bakal menjadi satu persaingan yang sangat mendebarkan. Gandingan dari Team Works Engineering ini juga tidak hanya memfokuskan sahaja kepada Winston Tan tapi juga wajib memerhatikan gerak-kerja Cy Khoo yang dibezakan 85 mata sahaja. Menarik pertempuran kali ini, satu perlumbaan yang wajib rakyat Malaysia datang beramai-ramai ke Litar Sepang nanti.

Save the date, 27-11-2016 di Litar Antarabangsa Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *