Special Kei Siapa Yang Mampu?

specialkei
Boleh dikatakan sudah 6 tahun para pahlawan Special Kei bersaing dengan menggunakan tayar semi-slick. Pada tahun 2016 mereka telah melakukan suatu rekod yang diluar jangkaan. Siapa sangka sebuah jentera yang comel/kecil telah mencatatkan masa 2m42s dan hampir sahaja membaham jentera B18CR yang lebih berkuasa daripada mereka. Namun itu tahun lepas. 2017 cabaran besar menanti mereka.

Dengan benar-benar membawa maksud One-Make Tyre, Special Kei yang sudah bertahun terlepas dari memakai tayar dari jenama yang sama kerana tiada saiz yang sesuai maka untuk tahun 2017 mereka kali ini menggunakan Hankook RS3 yang mempunyai saiz untuk Kei-Car. Hankook RS3 yang mempunyai reputasi tinggi dalam kalangan street-tyres, sudah ramai menggunakan tayar tersebut keatas jentera yang berkuasa tinggi dan mencatatkan masa yang agak mengejutkan dan ini sudah pasti tidak merencatkan kelincahan Special Kei. Soalannya jika sudah biasa menggunakan tayar jenis semi-slick apakah tindakbalas atau reaksi mereka berkenaan tayar jalanan yang berprestasi tinggi ini? Siapa yang mampu?

Dari atas kertas dan berdasarkan rekod terdahulu kami menjangkakan Mohd Hafez juara Special Kei 2016 mempunyai kelebihan. Pada tahun 2015 beliau telah berlumba dengan menggunakan street-tyre yang jika dibandingkan dari sudut cengkaman sudah pasti amat berbeza dari RS3. Walaupun pada tahun tersebut beliau menduduki tempat kedua secara keseluruhan namun dengan pengalaman yang ada ini membolehkan beliau mampu memacu pantas jentera #216 miliknya.

Mohd Hafez : “Saya serap sahaja peraturan yang ada. Ia sebagai satu cabaran yang mematangkan dan memberi pengalaman berbeza kepada pelumba, keluar dari zon selesa. Saya banyak dapatkan feedback dari racer berpengalaman atas tujuan nak improve driving skill instead of focus on horsepower. Jadi MSF 2017 memberi peluang untuk mematangkan lagi skil setiap racer. 2017 nyata bukan tahun yang mudah untuk saya sahaja tapi kepada pesaing yang lain juga. Saya tak mudah mengalah! Buat para pelumba Special Kei yang lain jangan gentar dan saya menantikan cabaran 2017 ini.”

Ini merupakan satu cabaran yang sangat besar buat para peserta lain, dari pengalaman dan data yang kami perolehi sepanjang penganjuran perlumbaan selama 6 tahun ini rata-ratanya sudah selesa menggunakan semi-slick. Apakah saingan 2017 akan menjadi mudah buat Mohd Hafez, atau ada diantara mereka yang mampu mencabar beliau? Apa pun tahun 2017 bakal membuka satu cabaran baru buat para pahlawan Special Kei. Dari sudut handling hinggalah ke corak pemanduan sudah pasti akan sedikit diubah untuk menyesuaikan diri. Jika rekod terpantas dipegang oleh dua juara Abdullah Adiel dan Mohd Hafez sendiri iaitu 2m42s, apakah catatan masa ini akan berjaya dipertahankan atau mungkin diperbaharui?

Jumpa 26/2/2016 di Litar Antarabangsa Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *