2015 juara milik #101 gandingan Hazlami/Muslim dari WAKOS Garage. 2016 juara milik #786 gandingan Fazli/Nazreen dari 786 Autoparts. 2 Tahun juara milik dari jentera yang menggunakan nadi 4AGE 20v. Bukan itu sahaja 2 tahun ini top 5 bagi kategori ini turut di dominasi oleh jentera ini.
2015 tempat ketiga berjaya diduduki oleh Ulul Azmi yang menggunakan Proton Satria Neo bernadikan enjin campro. Inilah kedudukan tertinggi buat masa sekarang yang pernah dicapai oleh jentera selain dari 4AGE 20v. 2015 juga menyaksikan jentera Nissan bernadikan SR16 Neo VVL berjaya menduduki tempat ke-5. Tapi itu 2015.
2016 secara mutlak mereka yang menggunakan jentera 4AGE telah menjajah kategori ini. Secara mutlak “mengusir” jentera yang berlainan enjin dari menghidu sedikit tempat ke-5. Tempat pertama hinggalah ke tempat ke-5 milik Toyota 4AGE. Apakah rahsia mereka? Main tipu sepertimana yang selalu dikhabarkan oleh mereka yang sering kalah tapi protes tak nak? Jawapannya adalah konsisten! Sebagai contoh jentera bernombor #975 Ahmad Fairuz/Syed Aizat yang tidak pernah menduduki podium sekalipun namun kerana gandingan ini sering menghabiskan perlumbaan sedangkan musuh-musuh mereka ini ada satu dua pusingan kecundang. Begitu juga dengan jagoan 4AGE yang lain, mereka kekal dalam perlumbaan dan sering sahaja menduduki podium dan ini membolehkan 4AGE mendominasi secara mutlak pada tahun 2016.
2017 mampukah dominasi ini dimusnahkan? Walaupun ada seketika pada tahun 2016 cubaan untuk memecahkan dominasi ini seakan-akan ada namun tidak konsisten. Kita masih menantikan jentera 4G92, 4G92 Mivec, Sr16 Neo VVL, D16, Campro, Suzuki Swift dan lain-lain datang pada tahun ini. Apakah 2017 ini 4AGE akan terpaksa bekerja-keras untuk memastikan dominasi ini kekal?
Simpan tarikh ini, 26-2-2017 di Litar Antarabangsa Sepang!