Special Kei Pusingan Pertama Siapa Yang Berjaya?

specialkeibakar

Special Kei pertama kalinya menggunakan street tyre. Pada mulanya ada segelintir mereka yang sedikit goyang sebab pertama kali menggunakan tayar jalanan yang berprestasi tinggi. Kita akan berpeluang melihat siapa yang hanya handal menggunakan tayar semi-slick tapi gagal menyerlah apabila menggunakan tayar jalanan.

Artikel terdahulu kami menjangkakan Mohd Hafez dari Guns Ftuned Racing Team akan menyerlah apabila melihat rekod terdahulu. Dalam kelompok Special Kei hanya beliau biasa menggunakan tayar jalanan dalam kategori Kei Street ketika itu. Tapi itu dahulu, soalan sekarang mampukah beliau mempertahankan kejuaraan?

Dari rekod pusingan demi pusingan pihak kami menjangkakan Mohd Johari #555 dari JAF Autoparts. Kenapa? Kita dapat menyaksikan peningkatan yang boleh dikatakan hebat pusingan demi pusingan. Pusingan pertama gagal menamatkan perlumbaan, pusingan 3m21s, pusingan ketiga 2m55s dan ketika pusingan terakhir 2m47s. Ini tidak bermakna peserta lain tidak mampu menyerlah. Kita ada Abdullah Adiel, Zahid Latif, Ezamin dan ramai lagi. Nama-nama yang disebut ini kesemualah telah berjaya mencatatkan masa 2m4+s. Tetapi dari sudut peningkatan baik dari sudut jentera, skil hinggalah semangat lawan yang sangat tinggi Johari dalam senarai menyerlah. Orang yang bangkit secara perlahan-lahan adalah lebih menakutkan dari yang mendadak naik. Mereka pada bila-bila masa sahaja mampu melakukan kejutan yang tidak disangka-sangka.

joe

Johari : “Dari segi jentera kita masih mengekalkan kekuatan enjin sama macam tahun lepas. Cuma dari sudut handling kita akan ubah agar bersesuaian dengan tayar Hankook RS3 ini. Kita cuba dulu pada pusingan pertama andai kata tak sesuai sudah pasti wajib diubah untuk pusingan kedua. Saya pun dah kuatkan mental, bukan senang nak bertempur dengan jaguh-jaguh Special Kei. Apa pun saya bagikan yang terbaik”

Tetapi dengan 20 hari sahaja lagi tempoh pertempuran macam-macam boleh berlaku. Selagi mana kibaran bendera menandakan tamatnya perlumbaan selagi itu peluang masih terbuka luas. Cabar-mencabar di alam maya sedang rancak. Yang dicabar sudah pasti mahu cabaran yang dilemparkan akan diberikan kembali dengan jayanya. Si pencabar awas, cabaran yang diberikan akan memakan diri.

Simpan tarikh ini, 26-2-2017 di Litar Antarabangsa Sepang.

1 comment

  1. Mycil

    Gei..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *