RaceCars 1800 Sengit

race1800

Rekod terdahulu kita menyaksikan pada pusingan terakhir rata-rata para pelumba dalam kategori ini mencatatkan masa 2m3+s. Pada pusingan akhir musim 2016 dapat kita menyaksikan tiada satu pun para pelumba dalam kategori mencatatkan masa 2m40s. Ini satu isyarat jelas, musim 2017 jika mengambil mudah dan tidak menyiapkan jentera sebaik mungkin maka jangan sesekali mengimpikan podium hatta di tempat ke-5.

Juara musim 2016 Azlan Malik dikhabarkan akan berpindah ke kategori yang menjadi satu peringkat terakhir sebagai seorang pelumba iaitu RaceCars Open. Jika benar sudah pasti bagi peminat kategori ini menjangkakan akan kurang serinya, namun anda semua silap. Kita masih ada lagi Winston Tan, Cy Khoo/Harve, Ah Fai Drifter, S.Ramesh, Ee Yoong Chorn dan ramai lagi. Tak terkira nama-nama mereka yang sangat hebat dan mereka inilah yang berjaya mencatatkan masa 2m3+s. Pusingan pertama jika diikutkan atas kertas masih lagi samar-samar. Kami menjangkakan penguasaan baru #33 Heah Choong Hoon dari Summer Motorsports apabila berjaya mencatatkan masa terpantas dikalangan mereka ini selain daripada Azlan Malik. Tapi apakah mereka yang lain akan berdiam diri? Melihat tempat pertama diambil tanpa sebarang perlawanan?

harve
Cy Khoo/Harve dijangka menyerlah kerana peningkatan demi peningkatan dapat dilihat dari setiap pusingan tahun 2016 dan 2017 standby!

Harve #663 : “Dari sudut persiapan jentera saya memang serahkan pada rakan saya Cy Khoo kerana dia yang akan menyediakan jentera kami bersesuaian dengan corak pemanduan masing-masing. Untuk memastikan dapat bersaing dengan para peserta yang lain, dari sudut fizikal saya memang telah membuat persiapan menaikkan kecergasan. Saya juga sedang melihat dari sudut mana penambahbaikkan dapat dibuat untuk pemanduan saya nanti. Sasaran seperti biasa harus berada dalam kedudukan podium untuk memastikan momentum pusingan seterusnya tidak terjejas dan ini sangat penting.”

Atmosfera MSF Racing pusingan pertama semakin dirasai. Race Cars 1800 antara kategori yang didominasi jentera Honda VTEC. Soalnya siapa yang dapat menguasai kategori ini dengan baik. Dengan jumlah kapasiti enjin yang sama, kuasakuda yang lebih kurang sama, sudah pasti teknik kawalan dan skil pelumba menjadi taruhan.

Simpan tarikh ini, 26-2-2016 di Litar Antarabangsa Sepang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *