Suka tak suka nampak gayanya dominasi 4AGE semakin kuat. Dengan penggunaan tayar Hankook V12 dan setup terbaru mereka membuahkan hasil diluar jangkaan. Catatan masa terpantas dalam sejarah MSF telah dicatatkan, peningkatan peserta yang mencatatkan masa dalam lingkungan 2m44s semakin bertambah. Nampak gayanya jika inilah corak atau rentak 4AGE dengan tiada jenama enjin lain yang mampu menggugat maka dominasi akan berkekalan.
Kemunculan Kenny Lee dari Kegani Racing #232 sememangnya telah menaikkan semangat para peserta lain. Bohong kalau mereka tidak ingin berada di hadapan beliau yang terkenal sebagai “otai” Toyota. Hasilnya ramai yang telah mencatatkan dalam lingkungan 2m44s secara purata antaranya #101 Hazlami/Muslim dari WAKOS Garage, #786 Fazli/Nazreen dari 786 AutoParts, #501 Azri dari JMS Tuner. Kenny Lee masih tetap memenangi tempat pertama walaupun diasak namun dengan konsisten di setiap lap membolehkan beliau berjaya menahan asakan #101.
Menarik perhatian adalah #111 Hazrin/Khairul Amri dari JMS Tuner telah mencatatkan masa terpantas 2m42s. Meskipun menduduki tempat ketiga kerana permulaan yang tidak baik tapi kami yakin menjelang pusingan kedua jika semuanya berjalan dengan lancar, mungkin gandingan mantap ini mampu mencabar Kenny Lee. Soalnya apakah Kenny Lee yang telah melihat rata-rata peserta MSF Racing pantas-pantas belaka akan duduk diam sahaja?
16-4-2017 akan berlangsungnya pusingan kedua. Apakah dominasi 4AGE akan berjaya dipecahkan setelah memegang kedudukan top 5 ini 2 tahun berturut-turut? Apakah Kenny Lee mampu menahan asakan mereka berempat ini?
Save the date, 16-4-2017 di Litar Antarabangsa Sepang.