MSF Open Trackday terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berminat untuk memandu laju di dalam litar mahupun berlatih di tempat yang sesuai. MSF Open Trackday tidaklah mempunyai syarat yang ketat sebagaimana MSF Racing namun masih mengekalkan dan menekankan aspek-aspek keselamatan yang tertinggi, demi menjaga keselamatan anda dan para hadirin.
Untuk mendaftar dan menyertai MSF Open Trackday KLIK SINI
Kenapa perlu menyertai MSF Open Trackday?
Kerana disini anda dapat menikmati Trackday dengan lebih lama masa anda di dalam litar. Pihak kami akan cuba mengurangkan Red Flag dengan menggunakan safety car kami. Anda akan berada di dalam litar selama mungkin melainkan ada kemalangan besar mahupun tumpahan minyak yang merata. (pastikan kereta anda tidak mengalami masalah kebocoran minyak untuk mengelakkan perkara ini terjadi).
Keselamatan Menjadi Keutamaan
MSF Open Trackday sedaya-upaya menekan aspekkan keselamatan di dalam litar mahupun di luar. MSF Open Trackday akan memastikan anda para peserta Open Trackday menghadiri sesi taklimat keselamatan oleh pihak kami untuk benar-benar memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh ketika di dalam litar mahupun di luar litar.
Kami juga sedaya-upaya menjaga keselamatan para pengunjung dengan memastikan setiap kereta yang melalui pit lane tidak dibenarkan memandu laju dan wajib memandu di dalam kelajuan 25km/j. Ini kerana andai kata ada yang melintas di pit lane tanpa melihat kiri (terutamanya kanak-kanak) anda sekurang-kurangnya dapat mengelak kejadian yang tidak diingini.
Safety Car merupakan aspek penting di dalam MSF Open Trackday. Jika andai kata berlaku Red Flag kami tidak akan sia-siakan masa anda untuk sesi Open Trackday 2 jam (bagi satu sesi) di dalam kawasan paddock sahaja. Kami sedaya-upaya akan memastikan anda akan terus-menerus di dalam litar dengan kawalan Safety Car di hadapan. Umpama suasana perlumbaan di mana safety car di depan anda di belakangnya.
Sususan Teratur dan Kemas
MSF Open Trackday sangat menitik-beratkan keselesaan para peserta Open Trackday. Anda membayar sekian jumlah untuk memastikan anda dapat melepaskan gian mahupun berlatih dengan tanpa ada sebarang gangguan. Kami selalunya akan tidak membenarkan mana-mana kenderaan yang tiada kaitan dengan Open Trackday berada di dalam kawasan paddock kerana ini akan menyebabkan kesesakan yang tidak sepatutnya dan ini bakal mengundang kemarahan anda.
Jadi jangan tunggu lama-lama, JOM SERTAI MSF OPEN TRACK.
Register secara online (KLIK DISINI)