Street Tuned Ltd walaupun sudah tidak sepanas pada zaman SNF, tapi masih wujud keseronokan dan debarannya masih ada. Dalam satu-dua pusingan pasti akan ada yang muncul juara dan ini menimbulkan persoalan siapa yang bakal menjadi juara keseluruhan. 2017 debaran itu muncul kembali.
Gan Kim Koa/Philip Tang dari JDM Racing #60 telah mengejutkan ramai pihak. Mencatatkan masa terpantas 2m40s bagi sebuah jentera 1700cc adalah satu perkara yang sangat-sangat hebat. Apabila sudah mencatatkan masa terpantas maka ini sudah pasti menggusarkan sebilangan peserta dalam kategori ini. Gandingan ini tidak tunggu lama untuk menduduki tempat pertama dengan jarak yang sangat selesa iaitu 15saat dari pesaing lain.
Namun menjelang saringan penentu malang menimpa gandingan ini, disaat tengah mendahului dengan jauh dengan secara tiba-tiba cam sensor mereka patah. Pesaing lain yang sudah meningkatkan kepantasan kerana tidak mahu ditinggal jauh oleh gandingan ini mengambil peluang ini untuk memintas #60. Shawal/Roakhir dari Infinity Speed Works #30 terus merampas tempat pertama. Mereka yang telah meningkatkan ritma pemanduan dan mencatatkan masa 2m43s berada tidak jauh dari #60 untuk terus merampas tempat pertama. Meskipun mereka cuba diasak oleh gandingan Mohd Shalifuzam/Azref #800 dari DRT-AAR FTUNED namun mereka mengekalkan momentum dan sekaligus menjadi juara untuk pusingan pertama. Gandingan dari Infinity Speed Works ini telah memulakan langkah dengan begitu baik untuk mengambil mata kejuaraan tempat pertama.
Soal yang sekarang ini bermain dikalangan peminat mampukah #30 mempertahankan tempat pertama? #60 sudah pasti, sudah pasti akan bangkit dan menuntut haknya. Apakah #800 yang semakin lama semakin bagus akan duduk diam sahaja? Perhatikan saja kejuaraan 2016, persaingan mereka dijangka akan menarik untuk tahun ini.
Save the date 16-4-2017 di Litar Antarabangsa Sepang!