Tahun ini MSF Racing semakin meriah dengan penyertaan ramai peserta baru. Kita jangan mudah mengatakan mereka ini tidak berani tapi mereka menunggu masa dan peluang untuk ke pentas yang lebih ekstrem dan mencabar ini. Tapi sejak tahun 2015 hingga sekarang sudah semakin ramai berani menjejakkan kaki ke pentas ini meskipun ada yang mengatakan ini adalah zon selesa tapi yang mengeluarkan kata-kata tersebut tak tahu betapa tak selesanya zon ini, zon DOOR TO DOOR RACING!
Pertama kali menyertai MSF Racing merupakan satu pengalaman yang sangat berharga buat Muhammad Fadzli Bin Abd Hamid. Pada pusingan pertama beliau yang bergandingan Rifkee dari FTuned Racing Team #178 bersaing dalam kategori Saga Cup Rocco.
Fadzli : “Pertama kali berlumba di Sepang satu pengalaman tak boleh dilupakan. Gementar dan macam orang selalu kata ada rama-rama dalam perut tapi satu pengalaman yang bagus. Sasaran kali ini sudah pasti mahu merasai kemanisan kemenangan dan saya akan berusaha sebaik mungkin.”
Pusingan kali ini beliau akan bergandingan bersama Shah Rizal dari Ftuned Racing Team #40 yang bertanding dalam Saga Cup Rocco. Buat Fadzli aka Ali Upgarage semoga maju jaya dan berjaya dalam misi menduduki podium.