Sesi Scrutineering

scrut

Khas buat MSF Racer Sahaja

Seperti yang sedia maklum, pada pusingan pertama para peserta yang telah melalui proses scrutineering telah diserahkan satu kad yang digelar sebagai Kad Scrut. Kad ini harus dan WAJIB dibawa setiap pusingan diadakan. Kad ini merupakan lesen anda untuk mendapatkan transponder anda dan mendaftarkan transponder anda jika anda milikinya sendiri

Kad ini anda tidak boleh tertinggal di rumah, bengkel, dan hilangkan. Jika anda tertinggal dan hilang wajib membawa kereta anda sekali lagi ke pit 3 untuk sesi scrut dah didenda RM100.00. Ini termaktub dalam peraturan sukan (Sporting Regulations) perkara 11.  Anda perlu menunjukkan kad tersebut sebelum anda mendapatkan transponder anda dan memberikan nombor transponder anda jika anda milikinya sendiri. Kami ingin memudahkan anda tidak menolak kereta di waktu tengah panas dan mempercepatkan proses scrut.

Bagi mereka yang baru pertama kali sertai MSF musim 2017 anda wajib membawa kereta anda ke pit 3 untuk sesi scrutineering dan mendapatkan kad ini. WAJIB.

Sesi penyerahan kad dan sesi pemeriksaan secara penuh (bagi mereka yang pertama kali menyertainya) akan tamat tepat pada jam 1.00pm.

Sekian terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *