Acara sukan permotoran terbesar pada bulan Mei akan tiba. Kurang dari 26 hari karnival sukan permotoran akan berlangsung selama dua hari berturut-turut di Litar Antarabangsa Sepang. Malaysia Speed Festival tiba kemuncaknya pada 20 dan 21 Mei 2017.
Setelah lama direhatkan, MegaLap Time Attack akan kembali semula di Litar Sepang. Kali ini dengan penyusunan kategori-kategori akan lebih bersesuaian dengan tema MegaLap yang serba pantas mencatatkan masa terpantas, kami menjangkakan akan muncul beberapa jentera yang hebat. Perkhabaran mengatakan ada jentera World Time Attack Machine akan turut serta, malah jentera terpantas di Sepang dari Singapura juga turut akan serta dan untuk makluman semua Megalap telah mula mendapat perhatian dari pemilik-pemilik SuperCar dan bakal berentap mencatatkan masa terpantas. Amat rugi jika kita tidak datang menyaksikannya pada 20-5-2017.
Sesi trackday juga akan tetap dianjurkan. Bukan sehari tapi dua hari. Cuma kali ini hanya satu sesi sahaja dianjurkan. Ini bermakna pada 20-5-2017 akan ada trackday pada jam 9-11am dan pada 21-5-2017 akan dianjurkan sekali lagi trackday pada jam 9-11am. Anda boleh mendaftar secepat mungkin kerana kami hadkan penyertaan kepada 75 buah kereta untuk menjamin keselesaan anda ketika beriadah di Litar Sepang.
Acara kemuncaknya pada 21-5-2017. Siri perlumbaan door-to-door paling hebat padat dengan aksi-aksi sengit. Dijangkakan kira-kira 160 buah kereta perlumbaan dari utara hingga selatan akan menyertai perlumbaan ini. Proton Saga, Daihatsu, Toyota, Honda, Proton Satria, Mercedes A45, Megane dan macam-macam model akan berlumba dalam siri perlumbaan yang menjadi acara kemuncak pada 21-5-2017.
Bagi yang ingin turut serta dalam Karnival Permotoran ini boleh mendaftar di Pendaftaran MSF Racing.
Bagi rakyat Malaysia, pastikan anda tidak pergi mana-mana pada dua tarikh ini. Pastikan anda hadir untuk menyaksikan karnival sukan permotoran ini.