Suka atau tidak, nak kata dia berlagak atau tidak, kita harus akui beliaulah yang paling konsisten berada di atas podium sejak tahun 2016 lagi. Buat setakat ini beliaulah yang terpantas dalam sejarah MSF dengan menggunakan tayar on the road Hankook Rs-3 telah mencatatkan masa 2m43s.
Hafez aka “Mycil” #216 yang bergandingan dengan Gan Kiat Huat jika diikutkan prestasi terkini dan jika tiada siapa menghalang, kejuaraan Special Kei buat kali kedua bakal menjadi milik beliau. Mungkin ada yang tidak gemarkan ramalan ini, tapi ini kenyataan jika tiada siapa mampu menghalang kemaraan #216. Meskipun pada saringan terakhir kita dapat melihat bagaimana Zahid Latif/Kamal Shukri dari Kie Garage mula mendominasi untuk beberapa lap namun beliau mula mengalami masalah sedikit pada jenteranya. Hafez yang sememangnya terkenal konsistensinya mengambil peluang dan terus berada dihadapan dan tempat kedua diikuti Zahid Latif dan ketiga Mohd Aslam.
Soalnya siapa mampu menghalang #216? Apakah perlu adanya perubahan peraturan teknikal lagi sedangkan perubahan untuk kategori ini boleh dikatakan saban tahun berubah? Harapan terletak di #727 dari Kie Garage kendalian Zahid Latif/Kamal Shukri. Mampukah beliau menghalang kemaraan Hafez aka “Mycil”? Mungkin akan ada pesaing yang tahun ini menyepi untuk menghalang gandingan ini pada pusingan ketiga ini?
Simpan tarikh 20-5-2017 untuk Megalap Time Attack dan untuk MSF Racing 21-5-2017. Untuk melihat pertempuran Special Kei pastikan anda hadir pada 21-5-2017 di Litar Sepang atau datang kedua-dua pada tarikh tersebut.