#111 Tepati Ramalan Dan Dominasi 4AGE Masih Kuat

st16

#111 dari UiTM Racing JMS Tuner menepati ramalan apabila berjaya mengungguli tempat pertama. Gandingan Hazrin Khaidi dan Khairul Amri pada pusingan pertama mencatatkan masa terpantas dalam kategori ini dan boleh dikatakan terpantas dalam sejarah penganjuran MSF. Pusingan kedua kali ini bagaikan tiada masalah mereka meninggalkan para peserta lain dan sekaligus menjadi juara pada pusingan ini.

Penyandang tempat pertama Kenny Lee dari Kegani Racing berpuas hati di tempat kedua. Agak mengejutkan juga kerana jika diikutkan pusingan pertama kebanyakkan peserta mencatatkan masa dalam lingkungan 2m44s termasuklah Kenny Lee sendiri. Namun pada pusingan kali ini kebanyakkan para peserta mencatatkan masa 2m46s sahaja. Tapi itu tidak mencacatkan perjalanan keseluruhan persaingan dalam kategori ini. Aksi padat dan tak kurang kontroversi menghiasi kategori ini.

st16b

Soalannya pusingan ketiga ini apa yang akan terjadi? Hazlami/Muslim dari WAKOS Garage pasti bangkit. Mereka semakin pantas tapi sayang kecundang pada saringan akhir. Tidak mustahil mereka pasti bangkit untuk memberikan saingan kepada mereka berdua ini. Bagaimana dengan Kenny Lee? Beliau akan tetap menjadi satu tanda aras bagi pejuang-pejuang 4AGE, menumpaskan beliau umpama menang Piala Malaysia tapi apakah beliau akan duduk diam sahaja? Apakah persiapan #111? Muncul pemenang tempat sudah pasti mengundang saingan sengit dan jika tidak berhati-hati tempat pertama mungkin beralih tangan. Juara 2016? Ya, Fazli Nazir/Nazreen dari 786 Autoparts juara 2016 kecundang apabila terlibat dengan kemalangan dan kepantasan mereka semakin hebat jika diikutkan rekod pusingan pertama dan tidak mustahil menyengat dan sebagai penyandang kejuaraan sudah pasti mereka tidak akan menyerah kalah.

Tempat pertama sampai kelima, 4AGE 20v. Dominasi yang kami jangkakan berkekalan hingga akhir tahun. Tidak setuju? Buktikan bahawa dominasi ini mampu dileraikan, mampu dimusnahkan, mampu mengejutkan mereka bahawa Street 1600 Ltd bukan milik 4AGE sahaja.

 Save the date 20-5-2017 untuk Megalap Time Attack dan 21-5-2017 untuk MSF Racing Pusingan ketiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *