Perseteruan Yang Mendebarkan, Salah Percaturan Binasa

kegani

Street 1600 Limited tidak pernah gagal memberikan aksi dan persaingan sengit. Kategori lain, menjelang pusingan enduro kita sudah boleh mencongak siapa yang bakal juara. Tapi tidak bagi kategori ini. Percayakah anda, pada tahun 2016 juara keseluruhan hanya dapat ditentukan pada pusingan akhir dan calon underdog menjadi juara keseluruhan iaitu #786 dari 786 Autoparts.

#232 Kenny Lee dari Kegani Racing sedang berada dalam keadaan yang sangat tipis kedudukannya. Memburu rapat dengan hanya dibezakan sedikit sahaja perbezaan mata ialah #111 Hazrin Khaidi/Khairul Amri dari UiTM Racing-JMS Tuner. Andai kata status quo ini kekal sebagai contoh #232 memenangi tempat pertama manakala #111 berada ditempat kedua maka perseteruan ini akan kekal hingga pusingan akhir MSF  2017. Jadi apakah strategi mereka nanti?

Kenny Lee pengalaman luas, tenang, tidak gopoh dan pada pusingan baru-baru ini berjaya mencatatkan masa 2m42s. Senjata utama beliau adalah konsisten di setiap lap dan ini membolehkan beliau meninggalkan #111 sebanyak 8 saat. Namun untuk beliau selesa berada dihadapan menjelang pusingan ke-5 nanti beliau harus mengharapkan kuasa ketiga atau third force memintas #111 dan sekaligus berada ditempat ketiga. Namun siapa yang mampu buat masa sekarang?

Salah satu kuasa ketiga atau Third Force, mampukah mereka mengubah corak pertempuran.
Salah satu kuasa ketiga atau Third Force, mampukah mereka mengubah corak pertempuran.

Berada dalam senarai terdekat adalah #129 dari RDA Garage Ravenol kendalian Fadhlan/Faiz Sulaiman, #101 dari WAKOS Garage kendalian Hazlami/Muslim. Dari sudut kepantasan berdasarkan pusingan terdahulu mungkin #101 akan menjadi igauan ngeri buat #111. Ya buat sementara waktu mereka dari sudut catatan masa terpantas ketinggalan 2 saat namun ini enduro tidak mustahil mereka akan bingkas bangkit. #129 kalau ikut dari sudut catatan masa terpantas mustahil sekali dapat menggigit rapat kedudukan #111 mahupun #232, tapi mereka semakin meningkat. Catatan masa terpantas adalah 2m47s dan mereka sangat konsisten! Dari lap kedua hingga keempat mereka konsisten dan ini boleh dikatakan kekuatan utama #129. Andai kata mereka menaiktaraf jentera dan memperbaiki satu-dua masalah di jentera mereka maka pusingan enduro ini pasti bakal digelar sebagai pengacau atau bahasa politiknya KUASA KETIGA!

Siapa yang bakal menjadi KUASA KETIGA, apakah perseteruan #232 dan #111 akan memberikan satu persembahan yang menarik dan mungkin salah seorang daripada mereka akan melalui sukar nanti?

Save the date 9/7/2017 di Litar Antarabangsa Sepang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *