Pusingan Paling Mencabar Kembali, ENDURO!

enduro2

Tidak lama, tapi ianya sangat kejam terhadap pasukan, pelumba, para penyokong dan jentera. Meskipun durasi perlumbaan hanyalah 35 minit sahaja namun banyak pasukan yang terpaksa pulang awal kerana tidak mampu menamatkan perlumbaan, dikecewakan sangat-sangat akhir, dan paling ketara salah percaturan strategi pit.

Pusingan enduro merupakan pusingan penentu kejuaraan. Pusingan merapatkan kedudukan. Pusingan membuatkan para pemegang Top 5 akan gelisah dengan kedudukan masing-masing jika tidak berjaya mendapatkan kedudukan sebaik mungkin. Pusingan dimana pungutan mata tidak ditentukan pada heat 1 dan heat 2. Jika selalunya anda terlepas heat 1, anda masih berpeluang mengutip mata pada heat 2. Namun enduro, anda terlepas atau gagal menamatkan perlumbaan tiada pungutan mata anda.

Percayakah anda, ada beberapa kategori yang bakal menyaksikan mungkin kedudukan akan berubah. Perbezaan baik tempat pertama dan kedua hinggalah kedudukan tempat ke-5 sangat-sangat goyah. Kita akan ulaskan kategori mana yang kita akan saksikan perubahan takhta mungkin berubah dan kedudukan top 5 yang mungkin juga bakal berubah.

Antara drama-drama yang terjadi Enduro 2016. Sangat dramatik!
Antara drama-drama yang terjadi Enduro 2016. Sangat dramatik!

Persiapan rapi harus bermula sekarang. Persiapan jentera anda harus berada dalam keadaan tiptop. Percayakah anda, pada tahun lepas banyak kejutan berlaku? Ada tidak dapat meneruskan perlumbaan kerana masalah mekanikal, ada yang cermin pecah disaat mungkin mampu memenangi pusingan enduro ini, ada yang di lap terakhir menjelang selekoh terakhir kehabisan minyak! Sangat dramatik pada tahun lepas. Apakah peristiwa dramatik itu akan berulang lagi? Apakah persiapan mereka untuk pusingan enduro kali ini?

Bersiap-sedia Malaysia! Pusingan mencabar semakin tiba, simpan tarikh ini 9 Julai 2017 di Litar Antarabangsa Sepang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *