Ya, pertama kali dalam sejarah seorang bintang muda di pertengahan musim tengah mendahului kejuaraan dari mereka yang lebih berpengalaman. Walaupun dibezakan hanya sedikit sahaja perbezaan mata, tapi ini cukup menggemparkan. Rookie, young padawan atau bintang muda yang sememangnya mengejutkan ramai pihak. Siapa sangka dari sudut pengalaman jika mahu dibandingkan dengan mereka yang bersaing dalam kategori ini amatlah berbeza tapi beliau membuktikan, beliau sedang mendahului kejuaraan Saga Cup RON JEREMY (Expert).
Jay Choong #168 dari SMRT adalah bintang muda yang tengah menjadi bualan. Beliau sedang mendahului kejuaraan buat sementara waktu dan amat mengejutkan apabila beliau berada di hadapan Boy Wong #21 dari ST Wangan. Siapa tidak kenal Boy Wong? Hanya yang baru dalam arena ini sahaja tidak mengenali beliau, menjadi juara banyak kejohanan perlumbaan di peringkat kebangsaan dan sekarang memburu kemenangan di peringkat kebangsaan yakni MSF buat sekian kalinya. Soalannya mampukah Jay Choong bertahan?
Dari sumber yang tidak rasmi kami perolehi, Boy Wong akan bergandingan dengan Lord Vader (Keifli Othman) untuk pusingan enduro kali ini. Satu pasukan impian (Dream Team) yang sememangnya amat digeruni. Jika benarlah gandingan ini maka tugas Jay Choong menjadi sangat sukar. Siapa bakal menjadi taruhan Jay Choong? Siapakah yang akan jadi gandingan bersama Jay Choong untuk menghalang kemaraan #21? Atau akan ada kuasa ketiga atau Third Force yang akan menghalang kemaraan Dream Team ini? Siapa?
Jangkaan kami yang akan menghalang kemaraan #21 dan sekaligus membuka ruang lebih luas kepada Jay Choong melebarkan mata adalah seorang lagenda permotoran yang juga sangat hebat iaitu Tommy Lee #255 dari Loon Power. Pusingan ketiga baru-baru ini dapat dilihat bagaimana Tommy Lee bersaing sangat hebat dengan Boy Wong dari selekoh ke selekoh hinggalah Boy Wong terpaksa tamatkan persaingan apabila tayar belakang tercabut. Andai kata Tommy Lee berada dalam keadaan yang hebat beserta jenteranya yang padu dan ditakdirkan beliau menduduki tempat pertama sekali lagi, maka jarak mata antara #21 dan #168 sudah mula melebar. Soalnya sekarang siapa gandingan Tommy Lee? Apakah gandingan tersebut cukup untuk menghalang Dream Team ini?
Bagi Jay Choong cukup sekadar menduduki tempat ketiga dan paling teruk sekali pun nombor 4, tapi menduduki tempat ke-4 bakal dicabar pada bila-bila masa sahaja menjelang pusingan ke-5 dan pusingan akhir MSF 2017 nanti. Maka suka tidak suka Jay Choong harus memastikan tempat ketiga digigit dengan kuat untuk memastikan jarak mata antara beliau dan Boy Wong melebar atau mungkin kejutan yang bakal diberikan beliau mampu menjuarai Enduro? Ini enduro. macam-macam boleh jadi.
Save the date 9/7/2017. Saksikan pusingan paling mencabar iaitu ENDURO di Litar Antarabangsa Sepang!