#216 v2, Bangkit Dari Kehancuran

mycilweb

Pusingan ketiga menyaksikan kemusnahan #216 dari Guns-Ftuned Racing Team kendalian M.Hafez dan Gan Kiat Huat apabila berlaku pelanggaran yang tidak disengajakan. Namun mereka bingkas bangkit dalam masa 21 hari sahaja. Jentera baru yang tidak dibayangi mana-mana pihak bersedia bertempur merebut kembali tempat pertama dan menghidupkan kembali peluang kejuaraan dan melebarkannya lagi.

Kemunculan semula #216 sudah pasti menarik ramai perhatian dan mengundang pelbagai persoalan, mampukah mengulangi kembali rekod cemerlang dengan jentera serba – baru ini, mampukah jentera yang tidak sempat melalui sesi pengujian mampu menumpaskan lawan masing-masing. Persoalan itu dijawap dengan memenangi tempat pertama, meninggalkan pihak lawan 23 saat dengan strategi yang cukup mantap dan mencatatkan masa terpantas 2m42s! Meskipun pada awalnya cuba dicabar oleh Johari #555 yang juga semakin menunjukkan peningkatan yang sangat ketara, namun gandingan mantap #216 ini kekal konsisten dan mula meninggalkan mereka pada lap yang keempat.

mycilwebb

Hafez : “Ikutkan dalam hati memang terasa kemenangan ini seolah-olah amat mustahil. Persiapan jentera dalam keadaan amat tergesa-gesa tapi dengan teliti, kami pun tak tahu apakah titik kelemahan jentera baru kami ini tapi syukur dengan setup yang baik hingga persiapan yang terakhir pada jam 3.30 pagi membuahkan hasil. Kami rasa amat berpuas-hati dengan setup pada pusingan kali ini dan akan memperbaikinya untuk dua pusingan terakhir. Pihak lawan makin pantas, Mohd Johari #555 semakin pantas dan persiapan seterusnya harus lebih teliti dari sekarang. Saingan semakin hebat, Johari semakin menampakkan peningkatan, Zam #27 juga bukan lawan boleh dipandang rendah kerana bila-bila masa sahaja beliau mampu membuat kejutan.”

Kedudukan #216 sebagai pendahulu kejuaraan mungkin boleh diganggu-gugat oleh #555.  Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Kelebihan 145 mata bukanlah satu kedudukan yang selesa. Kita akan ulas dengan lebih lanjut menjelang pusingan kelima nanti. Kejuaraan untuk tempat pertama hingga ketiga terbuka luas. Save the date 15/10/2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *