Selain dari Race Cars Open yang bersaing dengan begitu hebat, Proton 1800 NA juga tidak kurang hebatnya. Buat pertama kali dalam sejarah persaingan merebut tempat pertama berlangsung dengan begitu sengit yang melibatkan 4 buah kereta. Buat pertama kalinya juga Lau Seng Kiat sudah boleh merasa kehangatan dan persaingan sengit berada pada tahap tertinggi.
Lau Seng Kiat #112 dari Ngah Motorsports pada pusingan ketiga kecundang apabila terbabit dalam kemalangan di Turn 1 pada permulaan perlumbaan. Peluang ini diambil dengan begitu baik oleh K.Perajun #140 untuk menduduki tempat pertama dan dari sudut pungutan mata, Eelan #35 mula merapatkan jurang yang sedia – ada. Perkara ini disedari betapa tempat pertama menjadi sasaran utama #112 untuk memastikan tempat pertama kejuaraan masih lagi berada dalam dakapan beliau.
Pada pusingan enduro kami merasakan inilah persaingan yang paling hebat. #112, #73, #140 dan #35 bertempur, berperang semahu-mahunya. #112 kendalian Lau Seng Kiat yang bergandingan dengan Choo Yong Choo terpaksa berhempas – pulas menjarakkan diri. Mereka telah bertempur hebatnya umpama ini bukanlah pusingan enduro, dari turn 1 hinggalah ke turn 15 mereka berempat bergerak dalam satu kelompok. Namun lama-kelamaan pertempuran yang hebat ini melibatkan 3 jentera sahaja iaitu #73, #112 dan #140. Mengejutkan ramai pihak apabila kebangkitan semula juara 2016 #73 Nicholas Aw yang bergandingan dengan SP Took dari SPV Automotive. Tiga pusingan sebelum ini boleh dikatakan tidak sangat menggugat namun pada pusingan enduro kali ini beliau mampu mengikuti rapat #112 dan memperbaharui catatan masa peribadi 2m41s dan berjaya mendahului tempat pertama sebelum berlakunya red flag restart. Namun sayang buat K.Perajun yang bergandingan dengan Damien Dielenberg kerana terpaksa menghentikan persaingan lebih awal di Turn 9 kerana mengalami masalah mekanikal.
Namun dengan strategi yang amat tepat dan yang tidak dinafikan takdir menyebelahi #112, apabila pit window dibuka mereka melaksanakan penukaran pemandu kedua dengan begitu efisyen dan apabila pemandu kedua mula memacu keluar dari pit telah mencatatkan masa terpantas 2m4os dan ini cukup meninggalkan #73 dengan jarak amat selesa 1 minit 50 saat yang menduduki tempat kedua. Eelan yang bergandingan dengan Ramesh berpuas hati ditempat ketiga.
Akan tetapi berbakikan 2 pusingan terakhir ini, kejuaraan masih terbuka luas. #112 tidak boleh lagi menarik nafas lega kerana ancaman demi ancaman akan datang. Kelebihan 115 mata bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Bagaimana mungkin tempat pertama dapat dirampas? Kita akan ulas lagi perebutan tempat pertama dalam kejuaraan ini menjelang pusingan kelima nanti dan tidak mustahil orang berada ditempat ketiga mungkin mampu menjadi juara. Mustahil tapi tidak mustahil. Tunggu ulasan berikutnya dan simpan tarikh untuk pusingan kelima pada 15/10/2017.