Dari Akar Umbi Ke MSF Racing, Salut (Episod 5)

nzero

Watak kali ini sebenarnya agak istimewa. Mereka tidak akar umbi dalam satu jenis perlumbaan, agak terkenal. Tapi untuk perlumbaan di dalam trek mereka masih baru. Namun kita angkat juga kisah mereka kerana wajar juga diberikan perhargaan tertinggi.

Pasukan N-Zero Racing Team sebenarnya agak terkenal dalam siri perlumbaan drag. Banyak kali juga berjaya menduduki podium dalam siri – siri perlumbaan drag. Namun pada tahun 2016 mereka mencuba sesuatu yang baru. Mereka dengan semangat yang sangat tinggi mereka melangkah masuk dalam kancah perlumbaan sirkit atau trek. Mereka masih lagi menimba ilmu tapi pusingan demi pusingan mereka menunjukkan prestasi yang semakin hebat. Terbaru apabila mereka berjaya memperbaiki catatan masa dari pada lingkungan 2m50s kepada 2m47s. Ini sesuatu perkara yang harus diberi pujian.

nzerob

Haizul : “Kami datang dengan kosong pengalaman hanya berasas semangat pertandingan dalam siri perlumbaan drag. Kami merasa sangat kecil jika mahu dibandingkan dengan yang lain-lain. Kami mula ambil keputusan setelah 2 tahun asyik masuk open trackday sahaja, jadi dengan memikirkan tak kemana kalau pusing-pusing kosong sahaja di litar Sepang kami tekadkan azam untuk menyertai MSF Racing. Syukur, kami berada dalam kedudukan yang sangat baik untuk berada dalam kedudukan top 5 pada tahun ini. Kami akan berusaha memperbaiki rekod kami, corak pemanduan dan prestasi jentera kami. Untuk pengetahuan semua kami agak lama sangkut di catatan masa 2m57s, tapi dengan sedikit perubahan handling dan tips-tips dari kawan-kawan kami berjaya bergerak ke catatan masa 2m47s menunjukkan betapa kami ini masih lagi baru dalam dunia perlumbaan yang mencabar ini. Kami akan usaha lagi untuk berada bersama front runners pada 2 pusingan akhir ini.”

Tahun 2017 tahun kebangkitan pahlawan baru. Kita harus raikan mereka. Dari kami warga-kerja MSF Racing amat mengalu-alukan kedatangan wajah baru,  apatah lagi berjaya menggugat kuasa lama dan menunjukkan peningkatan yang sangat hebat. SALUT DARI KAMI!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *